29 March 2011

Duduk di asrama pun tidak selamat

As Salam dan salam sejahtera to all readers..

Saya agak busy minggu ini tetapi saya cuba meluangkan sedikit masa untuk menghupdate entry ini memandangkan saya rasa agak susah hati sekarang.

Baru - baru ini asrama perempuan kecoh dengan berita kehilangan pakaian dalam pelajar. Yang menghairankan ialah pakaian dalam yang hilang bukanlah yang dijemur di ampaian sebaliknya pakaian dalam yang disimpan dalam locker. Pada mulanya kami berpendapat kehilangan ini angkara perbuatan pelajar wanita juga. Rupa - rupanya anggapan kami semua silap. Hari ini kami telah digemparkan dengan berita bahawa seorang lelaki, tidak dapat dipastikan sama ada pelajar atau orang luar, telah menceroboh masuk ke dalam asrama pelajar wanita dan lelaki tersebutlah yang telah menyelinap masuk ke dalam bilik pelajar wanita dan mencuri pakaian dalam mereka. Sungguh menghairankan bagaimana lelaki itu dapat meloloskan diri melalui pagar belakang yang tinggi dan hilang didalam hutan di atas bukit. Oh lupa nak bagitahu, memandangkan universiti saya khas untuk kejuruteraan kimia, maka lokasi kami agak terpencil dan berada di atas bukit. Walaupun telah dikepung, lelaki tersebut berjaya juga melompat keluar ke atas lereng bukit (tidak pasti bagaimana dia melakukannya kerana pagar tersebut tinggi, so agak mustahil untuk melompat keluar ke lereng bukit yang juga tinggi itu). Malah lelaki itu agak biadap apabila berani memalingkan mukanya ke belakang, memandang dengan pandangan seolah - olah memerli semua orang yang mengepungnya dengan perlian;

"Kau semua tak mungkin dapat tangkap aku"

Bertambah biadap apabila perbuatan jijiknya itu dilakukan pada waktu MAGHRIB!!! MASYAALLAH... Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Di saat semua orang bersiap - siap untuk solat, dia melakukan maksiat pula. Sungguh tidak takut dia pada balasan ALLAH. Walaupun gerakan mencari secara besar - besaran telah dilakukan, malangnya lelaki tersebut tidak berjaya ditangkap. Entah ilmu apalah yang dipakai sehingga berjaya melarikan diri dengan sekelip mata sahaja, hilang didalam hutan di atas bukit.

Sekarang, kami pelajar - pelajar perempuan merasa takut, takut andai kami diapa - apakan. Benarlah, dunia hampir kiamat, umat manusia juga semakin banyak yang jahat daripada baik. Saya sangat berharap agar lelaki tersebut dapat ditangkap dengan segera. AMIN

Pesanan saya untuk lelaki - lelaki di luar sana, jangan lah buat perangai macam ni. Anda adalah pemimpin keluarga, bakal ayah dan bakal pemimpin negara. Kalau anda rosak maka pincanglah keluarga, masyarakat dan umat. Kita sama - sama islam. Kalau tidak malu pada sang Pencipta, malulah pada orang di sekeliling kita. Kalau dah rasa tak dapat bendung nafsu yang menganas, cepat - cepat lah pergi nikah. Kalau tak mampu juga selalukan lah berpuasa. Jangan diikutkan sangat nafsu. Ingat, ikut kata binasa, ikut hati mati, ikut nafsu haru biru..

Untuk lelaki tersebut pula, jangan fikir kau sudah terlepas. Sesungguhnya ALLAH memakbulkan doa - doa orang yang teraniaya. Kalau di dunia kau selamat, di akhirat belum tentu lagi. Kiamat sudah dekat. Cepat - cepatlah bertaubat selagi pintu taubat masih belum tertutup.

Buat kawan - kawan saya yang baca entry ni, doakan keselamatan kami di sini. Semoga kita semua sama - sama dalam lindunganNYA.. Amin

Terima kasih kawan - kawan yang support, hanya ALLAH yang dapat membalas jasa anda :)

4 comments:

Raby said...

wow seramnye.ko punye kene curi jugak ke?haha

Arumi Dasuki and Erma Alyssa said...

Hahahaha aku punya selamat je raby.. Seram tak seram tak? Nak rasa pengalaman ini? Datanglah MICET melaka, 1001 cerita ada taw..Hahahaha

Josyu said...

wahh takot nyeh!!! i'll always pray for u sis <3

Arumi Dasuki and Erma Alyssa said...

Nanti bile mu dah masuk U mu akan jumpa 1001 ragam manusia tahu.. Take care my dear darling..Thanks doakan keselamatan sis. Love u <3