17 April 2011

Tak sedar diri

Apa yang aku buat sepanjang hari ini?

Tanam tebu?
Lumba guling - guling dengan incik teddy bear?
Main sepak raga bulatan dengan kucing2 belakang asrama?
Tolong makcik cafe masak makanan tengah hari?
Belajar menyanyi ala - ala Rebecca Black?
Atau belajar dengan penuh gigih..???

Teeeettttt semua salah..
Saya sangat lagho ye tuan - tuan dan puan - puan
Tak sedar diri lagi 2 minggu nak FINAL exam (sila lempang saya lajulaju)

Ok dah insaf..Cukup merapu untuk hari ini..Nak pergi study..Tata

09 April 2011

Emosi

Andai aku pergi dahulu,
Masih tersisakah kasih sayang?
Masih terpendamkah rasa amarah?
Atau tangisan jadi peneman?

Andai aku pergi dahulu,
Usah diteriak pemergian,
Sedekahkan fatihah tanda ingatan,
Doakan aku aman tenteram.

Andai aku pergi dahulu....

********************END********************

To My Beloved Sister Nur Syuhada Binti Mohamad Aziz
Happy Birthday yang ke 17
dah besar kan so dah tak boleh noty2
kena dengar cakap mama and abah
kena jadi anak yang solehah
dah kena pandai jaga diri dan maruah
Don't trust men too much because they will hurt you
Don't involve with LOVE because LOVE will kill your heart
Selalu2 lah dekatkan diri dengan ALLAH
Jaga meowww baik2 sebab tu amanah dari ALLAH untuk kita
Kalau ade masalah, ingat yang you sentiasa akan ada orang yang support you, so jangan bertindak di luar kewarasan, ingat kita ada ALLAH tempat untuk mengadu
Jangan berputus asa jika gagal, ingat dan yakin yang ALLAH merancang sesuatu yang baik untuk kita
Jaga lah solat sebab solat akan membentuk peribadi kita
Rajin - rajinlah bace Quran supaya nanti Quran dapat bantu kita
Berkawanlah dengan orang yang mampu membawamu ke jalan yang diredhai ALLAH
Belajarlah rajin - rajin, supaya nanti dapat kerja yang bagus, sebab dunia sekarang sangat menekan kita untuk ada duit yang banyak bagi kelangsungan hidup
Bila dah bekerjaya dan kaya, jangan dan jangan pernah sesekali you melupakan mama and abah yang dah banyak berkorban untuk kita
Walaupun masing - masing dah meningkat dewasa, jangan sesekali bergaduh sesama adik - beradik, dan jangan sesekali memutuskan sillaturrahim sesama adik - beradik
Walaupun nanti masing - masing punya pasangan hidup, hubungan adik - beradik harus sentiasa mesra, jangan biarkan orang luar jadi penyebab kita bertelagah sesama sendiri
Jangan kedekut dengan rezeki yang kita miliki, bersedekah lah pada yang memerlukan
Ingat yang saya sangat - sangat sayangkan awak, dan sentiasa sayangkan awak walaupun saya dah tiada di dunia ini
I miss you I love you ♥
Semoga you selalu dalam rahmat ALLAH..Amin
Ku doakan yang terbaik buatmu adikku
Selamat melangkah ke alam dewasa :)

Yang sentiasa menyayangimu:
Nur Adlina Binti Mohamad Aziz

01 April 2011

Se SOLEH mana pun lelaki..


Sesoleh manapun seorang lelaki itu, jika ia hanya sekadar meningkatkan syiar taa'budiyyah kepada dirinya sahaja, Maka menjadi satu tanggungjawab kepada mereka untuk membetulkan perilaku manusia bergelar hawa di muka bumi ini. Ini adalah kerana, mereka ini antara penyebab kenapa dan mengapa seorang lelaki itu boleh terjerumus ke dalam api neraka. Mereka adalah :

Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.


Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.

Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??