24 April 2015

Kau bila nak kahwin?

"Kau bila nak kahwin?"

Pak imam mencuci kolah bersamaku.

Aku cuba jawab,

"Calon-calon semua sudah dirembat oranglah,
Mam. Anak pak imam pun dah nak kahwin. Cikgu
tadika sebelah rumah pun macam dah berpunya je.
Redo je lah."

Pak imam menjelingku.

"Memilih sangat ni."

Aku duduk bertinggung sambil gosok dinding kolah.

"Salah ke memilih, Mam?"

Pak imam cebok air jirus tepi kolah yang
disentalnya.

"Tak salah. Memang lebih baik memilih. Cuma
jangan terlalu memilih. Pilihlah yang berkenan di
hati. Yang hati tertarik. Ada pula ciri-ciri empat
agama, keturunan, harta, rupa tu, alhamdulillah."

Ku ambil baldi, siram lantai kolah yang berkeladak
setelah digosok. Biarkan kotoran keluar menuruni
lubang kecil di sudut kolah.

"Kalau nak pilih yang ada rupa je, boleh?"

Pak imam bangun berdiri, kain pelekatnya sedikit
basah terkena air.

"Boleh. Hak memilih hak personal. Tiada larangan.
Nak pilih yang seksi pun boleh, yang buka aurat
pun boleh, nak yang tak suci lagi pun boleh. Yang
telah couple berpuluh kali pun boleh, yang sudah
terlanjur beratus kali pun boleh.

Asalkan, kau janji satu benda dengan diri sendiri."

Aku berdiri sama.

"Apa dia?"

Pak imam bersandar di tiang dekat kolah.

"Janji dengan diri, tolong jangan putus asa.
Jangan putus asa berikan semangat dan keyakinan
pada pasangan untuk terus berubah baik.

Memilih seseorang yang sudah hancur jiwanya,
imannya, bukan semudah yang kau sangkakan.
Kau terpaksa tempuhi kesabaran demi kesabaran
dalam mendidiknya. Dia akan memberontak,
melawan, memaki, memarahimu setiap kali kau
cuba untuk pimpinnya ke arah lebih baik.

Kau tak boleh merajuk, mudah down. Tak boleh.
Kalau kau jiwa rapuh, hati tacing, mudah
tersentuh, kau takkan mampu mendidik pasangan.
Malahan, kau pula yang akan tunduk di bawah
telunjuknya.

Jangan putus asa berdoa. Di kala suami yang lain
berseronok senang lenang dengan isteri solehah
masing-masing, kau kena gigih bangun malam
berdoa tak putus-putus supaya isteri kau diberikan
hidayah, terbuka hatinya, lembut hatinya untuk
berubah.

Kotoran degil bukan mudah-mudah disental seperti
kolah ini.

Kau kena menangis lebih banyak di malam hari
depan Allah, dan nampak tabah dan tegas di siang
hari depan isterimu. Dalam tegas, ada kelembutan.
Dalam kelembutan, ada ketegasan. Kau harus tahu,
didikan tidak akan se-smooth yang kau fikirkan.

Term 'sama-sama berubah ke arah lebih baik'
cuma fantasi kau. Kau tak akan dapat jangka dan
agak apa yang ada di dalam jiwa pasangan kau.
Mungkin kau saja yang ingin berubah, tapi dia
cuma berkata-kata di mulut. Kau tidak tahu.

Selindungkan segala duka, sabar setinggi langit.
Insya-Allah, suatu hari, setelah bertahun-tahun
bertarung dan korbankan hati perasaan, berkat
keikhlasan dan rahmat Allah, isteri kau nanti akan
berubah.

Permata dan kaca memang berlainan. Kaca bisa
melukakan. Kau akan jatuh luka berkali-kali hingga
kau letih sendiri.

Tapi, bila hatinya sudah dibalikkan oleh Allah,
heavenlah kau nanti.

Dia akan jadi yang terbaik, setara dengan wanita
solehah di luar sana. Malahan, mungkin lebih baik.
Siapa tahu.

Kau faham?"

Aku mengangguk-angguk.
Rupanya, nikah itu memang perlu agama yang
terpacak kuat dalam diri sendiri. Diri seorang lelaki
yang bernama suami. Andai lelaki itu sendiri
agamanya tempang, agamanya layu, bagaimana
nanti didikannya? Pasti rosak hancur.

Bukan agama seseorang perempuan, tapi agama
seseorang lelaki itu lebih patut diutamakan.

Namun, dalam hati ini aku harap, setelah usaha
penat lelah mendidik nanti, ada secebis
penghargaan untuk yang bernama suami.
Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih.
Atau hanya secebis senyuman. Titis air mata
suami akhirnya berbaloi, berbalas jua.

Bila orang tanya aku lagi tentang nikah, pasti akan
ku jawab balik pada diri
sendiri,

"Bila agama dan iman diri sendiri di aras yang
sepatutnya." Baru sedia untuk nikah.......
Kredit penulis: Encik Sederhana

06 April 2015

For Us

Ya Allah......... 
Seandainya telah Engkau catatkan Dia milikku tercipta buatku......... 
Satukanlah hatinya dengan hatiku titipkan kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi........ 

Ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Pengasih......... 
Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ketepian yang sejahtera dan abadi......... 
Maka jodohkanlah kami......... 

Tetapi Ya Allah.......... 
Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku........ 
Bawalah dia jauh dari pandanganku Luputkanlah dia dari ingatanku..... 
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....... 


Ya allah Ya tuhan ku Yang Maha Mengerti.... 
Berikanlah aku kekuatan..... 
Menolak bayangnya jauh ke dada langit..... 
Hilang bersama senja yang merah Agarku sentiasa tenang......... 
Walaupun tanpa bersama dengannya..... 

Ya Allah yang tercinta......... 
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan......... 
Adalah yang terbaik untuk hambamu ini... 

Ya Allah..... 
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku....... 
Di dunia dan akhirat Dengarlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini........ 
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian........ 
Di dunia ini mahupun akhirat Maka...
kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman Agar aku dan dia sama-sama dapat membina Kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai....... 
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..... 

Ya Allah........ 
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat Dan peliharalah kami dari azab api neraka..... 
AMIN.......AMIN.......YA ROBBIL ALAMIN.....

05 April 2015

Ramalanku Benar Belaka..

Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yang kuramalkan

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah 
Kesudahan aku parah