29 March 2011

Duduk di asrama pun tidak selamat

As Salam dan salam sejahtera to all readers..

Saya agak busy minggu ini tetapi saya cuba meluangkan sedikit masa untuk menghupdate entry ini memandangkan saya rasa agak susah hati sekarang.

Baru - baru ini asrama perempuan kecoh dengan berita kehilangan pakaian dalam pelajar. Yang menghairankan ialah pakaian dalam yang hilang bukanlah yang dijemur di ampaian sebaliknya pakaian dalam yang disimpan dalam locker. Pada mulanya kami berpendapat kehilangan ini angkara perbuatan pelajar wanita juga. Rupa - rupanya anggapan kami semua silap. Hari ini kami telah digemparkan dengan berita bahawa seorang lelaki, tidak dapat dipastikan sama ada pelajar atau orang luar, telah menceroboh masuk ke dalam asrama pelajar wanita dan lelaki tersebutlah yang telah menyelinap masuk ke dalam bilik pelajar wanita dan mencuri pakaian dalam mereka. Sungguh menghairankan bagaimana lelaki itu dapat meloloskan diri melalui pagar belakang yang tinggi dan hilang didalam hutan di atas bukit. Oh lupa nak bagitahu, memandangkan universiti saya khas untuk kejuruteraan kimia, maka lokasi kami agak terpencil dan berada di atas bukit. Walaupun telah dikepung, lelaki tersebut berjaya juga melompat keluar ke atas lereng bukit (tidak pasti bagaimana dia melakukannya kerana pagar tersebut tinggi, so agak mustahil untuk melompat keluar ke lereng bukit yang juga tinggi itu). Malah lelaki itu agak biadap apabila berani memalingkan mukanya ke belakang, memandang dengan pandangan seolah - olah memerli semua orang yang mengepungnya dengan perlian;

"Kau semua tak mungkin dapat tangkap aku"

Bertambah biadap apabila perbuatan jijiknya itu dilakukan pada waktu MAGHRIB!!! MASYAALLAH... Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Di saat semua orang bersiap - siap untuk solat, dia melakukan maksiat pula. Sungguh tidak takut dia pada balasan ALLAH. Walaupun gerakan mencari secara besar - besaran telah dilakukan, malangnya lelaki tersebut tidak berjaya ditangkap. Entah ilmu apalah yang dipakai sehingga berjaya melarikan diri dengan sekelip mata sahaja, hilang didalam hutan di atas bukit.

Sekarang, kami pelajar - pelajar perempuan merasa takut, takut andai kami diapa - apakan. Benarlah, dunia hampir kiamat, umat manusia juga semakin banyak yang jahat daripada baik. Saya sangat berharap agar lelaki tersebut dapat ditangkap dengan segera. AMIN

Pesanan saya untuk lelaki - lelaki di luar sana, jangan lah buat perangai macam ni. Anda adalah pemimpin keluarga, bakal ayah dan bakal pemimpin negara. Kalau anda rosak maka pincanglah keluarga, masyarakat dan umat. Kita sama - sama islam. Kalau tidak malu pada sang Pencipta, malulah pada orang di sekeliling kita. Kalau dah rasa tak dapat bendung nafsu yang menganas, cepat - cepat lah pergi nikah. Kalau tak mampu juga selalukan lah berpuasa. Jangan diikutkan sangat nafsu. Ingat, ikut kata binasa, ikut hati mati, ikut nafsu haru biru..

Untuk lelaki tersebut pula, jangan fikir kau sudah terlepas. Sesungguhnya ALLAH memakbulkan doa - doa orang yang teraniaya. Kalau di dunia kau selamat, di akhirat belum tentu lagi. Kiamat sudah dekat. Cepat - cepatlah bertaubat selagi pintu taubat masih belum tertutup.

Buat kawan - kawan saya yang baca entry ni, doakan keselamatan kami di sini. Semoga kita semua sama - sama dalam lindunganNYA.. Amin

Terima kasih kawan - kawan yang support, hanya ALLAH yang dapat membalas jasa anda :)

26 March 2011

Awak boleh buat saya merajuk tapi jangan sampai saya terluka

Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu.Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan. Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang.


Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niat ku mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku.
Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik.Aku mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi.
Cuma yang aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.


Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah saudara mara menentang hebat kemahuanku.Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka. Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya. cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi rebutan pemuda sekampung.


Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu.


Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah. Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang ajarkan.Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurjannah. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk,
Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang.
Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnyake pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya, Nurjannah faham benar seleraku.


Selama sebelas tahun itu juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku. Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas.
Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya. Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Normi, madu Nurjannah.


Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya.Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku.


Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman mesranya. Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu.Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya menggeleng kepala. Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain.Kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda membantah atau marah.


Cuma antara kami kurang mesra,mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurjannah. Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara gading. Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor,Fariza menjadi pensyarah, Fakhrul pu la pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari lagi.


Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan aku tidak menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah menunjukkan riak kurang senang padaku.
Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namunaku tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara keduanya.


Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk berlaku adil.! Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak cili padi. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi kemulut. Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan cerita.Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu disamping Fariza.


Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku.
Aku terpempan.
Terkedu.
Hilang sudah segala kekuatan yang ada.
Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya.


"Bang,lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh melakukannya sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati.
Rasanya ingin gugur air mata lelakiku. Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau lakukan. Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah, barangkali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang yang dikasihi..
"Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran Jannah sudah tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhakaapabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa,mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa sebarang riak api kebencian kepadaku.


"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah tinggal mak cik Normi sorang-sorang."
"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi," pintasku cuba melerai! kekusutan yang membelit diri.
"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap terluka. Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.
Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku. Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah isteriku.
Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada..

Bukan hasil nurkilanku tapi aku cuma mahu berkongsi dengan semua. Hargailah apa yang kita ada :D

23 March 2011

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ...


Rahsia hubungan sentiasa mesra


Aku : dah tgk MH?

Adi : da
nk bace MH punyer event jap

Aku : ok
bace la event tu
i dah bace dah
hehehe

Adi : ok2

Aku : dah bace ke?

Adi : tgh bace
mcm ade teka teki

Aku : teka teki?
nape cakap g2?

Adi : u kate da bace?
tak paham ke?
ade tikus baru an
geng2 "marching flame"

Aku : bace..paham..tapi i xase pun macam ada teka teki
sebab tu tanya

Adi : diorg da usha2 area lagoon da lame da
diorg da conquer tempat 2

Aku : a'ah tikus api
oo..then?

Adi : lagoon 2 dlm area "whisker wood"
so tentera2 tikus api ni
dah mara ke sempadan whisker wood
kalau melepasi sempadan whisker wood,
da masuk area town of gnawnia tempat castle
king xnk diorg attack castle
so dier nk mousehunter pegi buru diorg
buru diorg kat tempat nama "sandtail desert"
persoalan nyer, macam mane nk masuk area sandtail desert
sedangkan xde map piece?

Aku : ooo..so apa yang teka teki? tak nampak lagi nih
a'ah btoi2
baru terpikir

Adi : bese tempat baru, akan ada new map piece
new map piece dapat dari tikus
so teka - teki nyer, mana nak dpt map sand tail desert?
lau kne tangkap tikus ntuk dpt loot map piece, tikus ape?
kan teka teki 2
bile da dapat masuk area sandtail desert
kat situ ade general store dgn ape charm shoppe
bole beli barang yg bole bantu
tangkap tikus marching flame
phm x?

Aku : oo faham
macam susah je event nih
i ase king akan keluarkan lagi nota baru untuk hunter

Adi : sbb 2 king kate "most experienced hunter"
maybe rank baron dan ke atas

Aku : so i xda harapan la?
tapi dia conteng i punya shield jugak taw
haa cane tu?

Adi : sume kene conteng
ntah la
lantak la

Aku : tapi xkan la dorg buat event
untuk rangking tinggi2 jer
xaci lah macam tu


Ni lah kesannya bila dua orang pencinta games menjadi pasangan.. Hahahaha.. Mesti korang tak paham kan ;P

MH = Game Mouse Hunt

20 March 2011

A new chapter in my life


"Add, jom join Chem E Car"

Aku terkedu. Berkali - kali ku tatap wajah Ain untuk memastikan pendengaranku tidak salah. Iya benar, itu sememangnya ungkapan dari mulut Ain. Ain roommate ku. Sudah 2 sem kami bersama dan aku sudah masak benar dengan perangainya. Dia seorang wanita yang berani mencuba. Tiada istilah TIDAK dalam kamus hidupnya. Baginya, kita tidak boleh terus menyerah kalah tanpa mencuba. Sebenarnya aku mengenali dia sejak sem 1, tapi kami rapat semasa sama - sama menjadi fasilitator MSR 2010. Barangakali kejadian kecurian tu sememangnya ada hikmah di sebaliknya. Ah, usah dikenang perkara yang lalu.

"Kau biar betul Ain.." Kataku dalam ragu
"Betul la ni derr.. Jom la join Chem E Car. Aku dah jumpa encik yang in charge untuk pertandingan tu.. Nanti aku nak kasi nama kat dia"
"Tapi.."
"Tapi apa lagi derr?" tanya Ain

Aku diam. Berfikir. Chem E Car adalah satu pertandingan yang besar dan aku tidak pernah termimpi untuk memasukinya, tidak penah walau sedetik.

"Aku ok je nak join tapi boleh ke kita buat? Maksud aku, yang masuk tu mesti lah semua senior - senior. Pertandingan besar tu kot. Bukan ke pertandingan tu untuk budak bijak - bijak ke?" Akhirnya ku utarakan kegusaran di hati.

"Kau ni.. Mane ade untuk budak bijak - bijak je. Semua orang boleh join tau. Alah, kita try jela dulu. Mana taw kot - kot ada rezeki nanti boleh wakil MICET pergi UTP (Universiti Teknologi Petronas). Alah Add, join je, cari pengalaman" Tegas Ain, cuba untuk meyakinkan ku.

"Erm.. ok. Tapi sape lagi ahli group kita?" Dalam hatiku sudah berkira - kira untuk mengajak Hadi tapi memikirkan jadualnya yang sentiasa padat, aku kira dia mungkin akan menolak.
"Group kita baru kita berdua je. So kena cari lagi dua orang. Kena cepat sebab aku nak kasi nama dekat Encik Hakim" Ujar Ain
"Aku nak ajak Hadi tapi aku tak sure la dia nak join ke tak sebab dia kan busy" kataku.
"Takpe - takpe, kita try ajak Afiq dulu. Nanti aku tanya Hadi" jawab Ain
"Ok, nanti aku jumpa Afiq aku tanya dia" aku membalas

Dan begitulah cerita bagaimana semuanya bermula. Tidak ku sangka aku akan mengiyakan permintaan Ain. Mungkin ini sememangnya sudah menjadi takdir untukku. Transformasi daripada pelajar biasa kepada luar biasa.

Akhirnya aku berkesempatan juga berjumpa dengan Afiq di gelanggang tennis pada suatu petang.

"Afiq, jom join Chem E Car"
"Hah? Asal ko tiba - tiba nak join?" Afiq seakan terkejut. Mungkin dia juga tidak penah termimpi untuk memasuki pertandingan tersebut.
"Bukan la tiba - tiba. Ain yang ajak aku so aku join la. Ain suh ajak kau. So amacam?"

Afiq diam.. Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya dia bersuara

"Aku tak reti lah nak join benda - benda camni"
"Common lah Afiq, ko kan dean list. Small the matter je nih" Aku bersuara, cuba meyakinkan dia
"Tengoklah dulu, aku fikirkan" Jawab Afiq. Penolakan itu membuatkan aku sedikit hampa namun aku hormati pendirian Afiq.

Azan Maghrib mula berkumandang. Burung - burung terbang kembali ke sarangnya. Pelajar - pelajar MICET yang sedari tadi beriadah juga telah mula menghentikan aktiviti masing - masing dan pulang ke asrama untuk menunaikan kewajiban pada yang Esa. Sampai di bilik, dalam penat lelah yang masih bersisa, aku nyatakan pada Ain tentang penolakan Afiq.

"Erm.. Kalau dia tak nak tak apa lah. Aku ase aku nak ajak Ramadhan lah. Sebab nanti ada pertandingan poster. Mard kan terror bab - bab Multimedia ni"
"A'ah betul betul. Haa kau ajak lah Mard" Aku mengiyakan kata - kata Ain.

Ramadhan atau lebih mesra lagi disapa Mard, merupakan salah seorang budak batch kami. Aku tidak begitu mengenalinya tapi kebolehannya dalam bidang multimedia memang tidak perlu untuk disangkal. Aku mengenali Mard ketika menyertai Explorasi sebagai AJK. Mard juga salah seorang daripada AJK Explorasi. Kehebatannya dalam bidang IT menyebabkan khidmatnya acap kali diperlukan kelab. Malah, aku sendiri pernah meminta pertolongannya untuk membuat video bagi annual dinner kelab yang mana ketika itu aku menjadi pengarah programnya.

Malam itu berlalu begitu sahaja. Hanya sedikit perbincangan tentang Chem E Car dan selepas itu, kami meneruskan kerja masing - masing. Sebagai pelajar, mana mungkin kami dapat melarikan diri dari sebarang assignment ataupun reports yang menggunung menanti untuk disiapkan.

Keesokkan harinya, usai kelas petang, Ain berkata kepadaku

"Add, aku dah tanya Mard. Dia setuju nak join"
"Ok. Baru 3 orang ahli. Lagi seorang sapa?" Aku menyoal kembali.
"Sorang lagi Hadi. Tadi aku tanya dia gak and dia pun setuju nak join. Dia teruja giler kot. Hahaha. Weh, malam ni kita buat meeting tau. Aku ada perkara nak dibincangkan dengan korang"

Aku tersenyum. Ku panjatkan syukur kepada Ilahi. Memang itu yang aku mahukan, agar Hadi turut serta dalam kumpulan kami kerana aku tahu betapa Hadi ingin menyertai Chem E Car. Dia pernah mengutarakan keinginannya kepada aku sewaktu aku masih lagi di Kuantan dan dia pula sedang menjalani praktikal di MICET. Hadi mengetahui tentang Chem E Car melalui Abang Idris, salah seorang pelajar MICET yang dikagumi kerana kepintarannya.

"Terima kasih kawan. Kau memang memahami" ujarku di dalam hati.

Dan siang pun merangkak menjadi malam...

To Be Continue......

19 March 2011

Show Me Your BFF Contest

Wah, balik balik dari chem e car je tgok blog sudah ditag oleh cik iqa. Tenkiu iqa ;) Tapi dari 3 contest yang ditag, aku pilih contest yang ni je sebab utk contest cardigan and muka paling sedih tu takda picture. So kita teruskan dengan contest ni:

Mula2 kena la follow owner blog ni - Done

Pastu kena letak gambar diatas dekat sidebar dan link pada blog owner..
So, Picture yang aku pilih ialah...

TADAAAA!!!

Dear Nurulbadiah Lai,
Ini semua adalah BFF ku yang tiada gantinya. Menyokongku dalam apa jua yang ku lakukan dan menjadi tulang belakangku di saat aku susah mahupun senang. Aku sangat sayangkan mereka. Mungkin gambar ini bukan juara tapi bagiku aku sudah menjadi juara kerana memiliki mereka semua. Love them all ♥

Picture 1: My only and lovely little sister. Gila gila tapi manja. Pencinta kucing yang tegar. Mungkin orang kata dia bermulut lazer tapi bagi aku dia yang paling istimewa. Pendengar luahan hati yang sangat setia. Walaupun dia muda tapi kami macam kembar tak serupa :D

Picture 2: My sweet and beautiful cousin. Satu kepala satu jiwa dengan ku. Si cantik manis yang murni hatinya. Ramai yang menyangka dia sombong tapi sebenarnya dia sangat peramah dan gila gila. Penyokong setia dan pendorong yang sangat hebat :D

Picture 3: Seorang yang sangat SPECIAL. BFF merangkap Kekasih Hati terbaik. Pendorong di kala aku susah, penghibur di kala sedih, peneman dikala kesunyian. Tak mungkin dapat jumpa lelaki yang boleh dijadikan bestfriend dalam masa yang sama kekasih hati macam dia nih. Sangat supportive dan juga sarcastic. Hahaha.. Thanks syg coz always be by my side and layan je my weird attitude. Saranghae ♥

Picture 4: My great roommate merangkap BFF terhebat. Gila gila tapi sangat supportive. Di saat semua orang menunding jari ke arahku, dia bangun dan menidakkan segalanya. Oh sangat terharu syg. Berlapar sama sama, kenyang pun bersama. Sentiasa dan sentiasa percaya yang kami boleh melakukan apa kami mahukan. Thanks yayien, i learn a lot from you :D

So skrg nak tag:

Syuhada, my lovely sister
Zaty Honey, sweet little cousin
Yayien, the supportive roommate
Raby, wonderful friend

Selamat berjaya kepada semua :D

12 March 2011

Jangan Pandang Camera!!!



Huiyoo tajuk dah macam cter Jangan Pandang Belakang dah kan2? Kebetulan hari sabtu ni aku agak free dari sebarang aktiviti (tipuuuu... padahal tgah busy dengan competition Chem E Car, nak gi UTP dah tak lame dah wei adlina oi.. gi study nuh syuh syuh syuh), so aku mengambil kesempatan ni utk menjawab tag dari my lovely Honey

Syarat2nya mudah je:

1) Jadi follower blog empunya contest - DONE!
2)Pilih 1 GAMBAR sahaja tak kesah la gambar sorang2 ke gambar ramai ke gambar candid ke yang penting tak bole pandang camera hokeh
3) Letak banner contest dekat sidebar - DONE!
4) Tag 3 orang.. so aku decided nak Tag.. Jeng Jeng Jeng....

Najlaa - temanku yang jelita
Syafikah - si rama - rama
Raby - si cantik manis
Iqa - si comey lote

5) Tinggalkan link kat empunya blog - OK bos!

ok, let me tell you about the picture i choose.. so basically i'm choosing this picture

TADAAAAA!!!

Rasanya kalau tak gtaw pun sume orang boleh faham apa terjadi kan? Well picture speaks thousand of words. Tapi tak kire r nak cter gak.. Budak comey dalam gambar tu my lovely cousin, Izzul Syahmi, yang mana sekarang ni tinggal di ARAB SAUDI. Al - kisahnya, time tengah main2 dengan kakak dia and sepupu2 yang lain, kakaknya secara tidak sengaja telah melanggar dagu dia dengan handle basikal (handle tu besi) sehingga menyebabkan dagu dia berlubang woo. Darah tak payah cakap la, turun macam air terjun taw. Kteorng mmg bawa dia pergi hospital tapi memandangkan terlalu sakit, si syahmi ni meronta2 time doctor nak ubatkan dia. Kalau dibiarkan nnt dijangkiti bacteria pulak so alternative lain yang ibu dia buat ( Ibu dia yang baju hitam tu) ialah dengan cuba mengubati sendiri si syahmi tu. Aku (yang pkai baju and tudung kuning tu) plak pujuk2 dye supaya biarkan ibu dia ubat dagu dia tu sebab dia mengamuk tak mau kasi sape2 pun sentuh kecederaan dia, tengok la smpai berkerut2 muka dia time ibu dia nak ubatkan dia. Kenapa aku pilih picture ni? Bukan sebab picx ni cantik ke apa tapi sebab value yang ada pd picture ni. Picture ni menonjolkan sikap keibuan dan semangat kekeluargaan yang tinggi. Hihi

Well, aku tak mengharapkan kemenangan, tp kalau menang tu bersyukur sangat, so kepada kawan2 yg ditag, selamat menjawab tag. And kepada sape2 yang lain kalau nak join contest ni, dialu2kan sangat ok. Good Luck semua :D

03 March 2011

Saya insan yang lemah

Harini saya pergi jemput abang syg dekat Melaka Central yang baru smpai melaka dari kuantan. Lepas smpai simpan beg pergi solat, kami jalan kaki pergi Jusco berdekatan sebab adi nak cari pakaian renang. Oh sebenarnya bukan tentang kami yang ingin saya ceritakan tapi tentang apa yang saya pelajari harini.

Kalau diikutkan, Jusco dengan Melaka Central bukanlah jauh sangat, hanya perlu menaiki jejantas then sampailah. Tapi entah kenapa kaki saya sakit sangat, rase lenguh. Padahal perjalan tu dekat je. Bila jadi macam ni barulah saya terfikir, saya sebenarnya seorang insan yang lemah.

Perasan tak? Kadang - kadang kita bermonolog kepada diri sendiri;

Ah, aku tak perlukan lelaki. Aku boleh hidup sendiri

Iya, itu ego yang ada pada seorang wanita. Pernah terdetik macam tu jugak dalam hati saya. Tapi bila difikirkan semula, saya terpaksa akui bahawa saya sebenarnya perlukan seseorang untuk membantu saya. Seseorang yang kudratnya lebih dari saya. Seseorang yang boleh lindungi saya, boleh memimpin dan jadi ketua. Iye saya tahu hati awak akan berdetik;

Alah, aku ade ramai kawan wanita utk bantu aku

Saya tak nafikan kawan wanita boleh bantu kita, malah wanita lebih memahami kita kaum hawa (Setuju tak?). Tapi fikir fikirkan lah, mampu ke kawan wanita kita baiki kan kereta kalau kereta kita rosak. Sanggup ke kawan wanita kita angkat barang berat berat macam tong gas untuk kita. Boleh ke kawan wanita kita pertahankan kita kalau kita diserang penjahat.

Kawan aku SUPER GIRLFRIEND!! Dia MAMPU! DIA SANGGUP! DIA BOLEH!

Kalau awak ade kawan macam tu, awak memang sangat bertuah. Tapi kan kawan wanita awak mampu ke kasi awak seorang zuriat? Sebab tu saya cakap, walau macam mana kental dan keras pun hati kita, kita sebenarnyer tetap memerlukan seorang yang bernama lelaki. Walau sebenci mana pun pada lelaki, janganlah sampai menyalahi fitrah dengan bercinta sesama kaum wanita pulak ye. Ingatlah, kalau tak ade lelaki, kita pun tak dapat lahir di dunia ni. OH ya, tapi ingat jugak, jangan terlalu memuja lelaki sampai memperhambakan diri kita pulak. Kita ade maruah yang perlu dijaga. Dan dan.. Jangan terlalu mengharap dan bergantung kepada lelaki nanti kelak kita yang merana. Kadang kala kita harus juga berdikari.. Ok? Saya tahu kawan kawan wanita saya semua hebat hebat kan..Akhir kata dari saya untuk lelaki lelaki di luar sana;

Cintailah seorang wanita bukan kerana rupa parasnya tapi kerana dirinya seadanya. Hargailah mereka sebaiknya. Ingatlah bahawa wanita bukan untuk diperhambakan mahupun dijadikan boneka, tapi untuk dijadikan teman setia penghibur jiwa.

Peace No War ^^