04 May 2012

Renung-renungkan kawan

Aku bukanlah si penglipur lara yang pandai menyusun kata-kata, tapi aku suka bercerita dan berkongsi rasa. Fynn Jamal, aku tak mengenali siapa beliau, namun aku tertarik dengan ayat-ayat yang beliau utarakan. Tajam dan mendalam maksudnya. Aku pohon maaf andai perkongsianku di sini mengundang rasa sakit hati, aku hanya mahu berkongsi. Minta dihalalkan ilmu yang diberi :)
______________________________

‎"qulil haqq walau kaana murra"
betul?
betul.

namun.
ini malaysia.
kau cakap yang paling haqq pun,
belum tentu orang toleh dan tafakur untuknya.

silap2--
kau kena baling kasut dan dijolok ke tembolok untuk telan tanpa sempat kau kata apa2.

ini malaysia.
hak-sesuatu-fitrah bukan soalan.
tidak penting sesebuah ilmu yang disampaikan--
andai penyampainya tak lulus piawaian.

tapi.
atas "qulil haqq walau kaana murra" itu tadi,
aku TETAP mahu memperkatakan yang hakikat--
meski kepahitan yang paling kelat berada di tenggorokan.

benda betul.
macammana palat untuk aku akukan buruk diri,
kebenaran MESTI terus dicakapkan.

*hela nafas berat*

hijab.

*pause*

ada ramai yang menyelar aku dulu.
pernah sekejap aku cuba hendak berhijab.
tapi cuma separuh jalan.
"kenapa?"
jawab aku mudah.
"sebab aku tak betul"

hijab adalah identiti AGAMA aku.
hijab BUKAN aku.
memakai hijab adalah UNTUK MEMBERITAHU islam ini ada di sekeliling kamu-- lihat saja di kiri kanan kamu.

hijab BUKAN untuk memberi definisi SIAPA KAMU.
fashion is.
fashion would DEFINE you.
not hijab.

dulu, aku cuma sempat bertutup kepala selama sebulan dua.
kemudian aku tanggal semula.
aku tidak cukup daya.
aku tidak selesa.
aku malu, sebenarnya.

berhijab tapi solat terpelanting bawah tangga.
berhijab tapi asap berkepul2 keliling muka.
berhijab tapi hidup seperti biasa.
konon slogan "tudung tak membatas gaya hidup kita"

gila!
ITULAH tujuan hijab sebenarnya!
membatas. memberi garis pisah. meletak sempadan.

jadi aku tanggal semula. kerana aku malu. untuk apa aku berkatup kalau aku hidup masih tak berjagakan? ada nota2 yang semua orang kongsi2 di fesbuk: "biarlah pakai tudung atas paksa, lama2 nanti suka"

aku tak setuju.
aku--
bukan kau--
AKU tak setuju.

sebab aku belajar dengan cikgu aku, semua benda dalam hidup perlu ada ikhlas. sedangkan kalau solat dibuat separuh hati akan dilempar ke muka bagai kain buruk berbau celaka. itu solat. rukun. tak ikhlas berhijab agaknya macammana?

aku tak faham. 
macammana hijab lebih ke depan berbanding solat?
hijab jadi pembaris yang mengukur iman seorang perempuan.
berhijab-- TERUS lulus. 
tak perlu tanya solatnya, puasanya.
asal berhijab.
ASALKAN bertutup kepala.
cukup.

situasi:
perempuan berhijab dan perempuan telanjang kepala.
di stesen bas berbual2 dengan lelaki.
dua2 jenis tepuk-tampar tak ingat diri.
YANG MANA dilabel "bohsia" sampai mati?

aku tak faham.
kita terlalu dangkal sampai baik jahat seseorang itu bergantung buta2 pada pakaiannya.
ASAL pakai. hati dalam-- terpulang dia.

apakah BEGITU SEKALI kita pentingkan diri kita?
"yang penting depan aku dia bertudung. 
ikhlas tak ikhlas-- lantak dia."

(pesan keras: yang tak berhijab, jangan pula kau guna2kan ayat2 aku untuk menjadi skema jawapan pada hidup denial engkau. tak berhijab itu tanggungjawab engkau. pilihan engkau. tak ada satu dalil pun dapat menyelamatkan engkau darinya)

jadi setiap kali orang kata "pakai saja, tak perlu ikhlas",
aku mengaruk dalam hati.
apebende?
gila kontradiksi!

ada yang kata,
"biarlah. sekurang2nya dia bertudung".

pergh.

kalau ada orang depan kau solat--
tapi tak ambil wudhu',
atau telekungnya setakat paras lutut.
mampu kau cakap "biarlah. sekurang2nya dia solat"?

boleh?
sumpah atas nama tuhan kau jawab macam tu bulat2?

sering aku betah semula orang2 yang menggunakan alasan "sekurang2nya dia berhijab / bertudung / (isi tempat kosong).
mudahnya!!?!
cukup sekadar apa terjelas mata?

"itu antara dia dengan tuhan."
kalau begitu--
kenapa tak biarkan perihal hijab dia juga sama tuhan?
"kita kena tegur apa yang kita nampak"
bagaimana dengan kebaikan mereka yang mengatasi keburukan mereka? kebaikan2 subjektif yang diganjarkan JAUH lebih tinggi dari pahala fizikal-- macam taat pada ibu bapa, atau membuat kebajikan pada anak2 yatim ketika kita tidak berada di situ?

bagaimana kalau DIA lebih beriman pada shafa'at rasulullah berbanding mereka2 yang hanya lafaz tapi tak tahu?

seringnya, di bual2 itu, rata2 memilih membiarkan aku termangu sahaja.
selalu-- soalan2 aku terbiar begitu semata.

dan aku tak salahkan mereka.
aku budak banyak tanya.
dia kata langit itu biru, aku tanya kenapa.
dia jawab sebab itu biasan laut, aku tanya pasal pelangi pula.
memang penat menjawab dengan aku.

lama2 bosan. terus bagi jawapan tepat ke muka--
"orang macam kau akan dihumban ke neraka."

pergh.

kenapa suka ajar tuhan itu serba jahat?
kenapa suka cerita tuhan itu suka hukum?
kenapa lupa tuhan itu maha pengampun dan penerima taubat?
kalau kau tanya aku--
rasanya, yang jahat, suka hukum, bukan pengampun dan penolak taubat adalah manusia sendiri.

apa yang tinggal--
sempat tak sempat.

aku tak bagi fatwa yang "kita patut berhijab bila kita bersedia".
tidak.
itu cerita kau dengan tuhan.
sungguh.
AKULAH manusia paling terakhir kalau hendak berbual tentang hidayah.

tapi aku nak cakap,
kalau nak berhijab,
jangan kurang ajar.

buang rokok tu.
buang tangan boyfriend yang kau taut2 tu.
buang leset2 pada bahu jantan yang kau gesel2 itu.
buang perangai chia kau.
buang naluri miang masuk hotel dengan kekasih kau.

sebab hijab adalah identiti islam.
BUKAN identiti kau.
hijab bukan fesyen.

detik kau sauk hijab dan komited padanya--
adalah detik kau membuat perjanjian
"aku dah bersedia nak let go benda2 merapik itu semua".

islam is all about moderation.
kesederhanaan.
kalau kau masih belum nak buang perkataan "fashionista" dari senarai "things about me" kau itu-- 
adui...
tak tau la macammana nak cakap.
haih...
sakit dada aku.

let go lah.

kita sama2, kawan2.
sama2 takut kiamat--
sama2 takut tak sempat.

aku tak rasa cuma aku sorang solat hajat minta jangan kiamat masa ada amaran tsunami tempoh hari.
aku tak rasa cuma aku sorang menangis sampai basah telekung minta tuhan tangguhkan, sebab aku minta disempatkan sebelum aku mati.

tuhan itu baik, kawan2.
dia penuh cinta.
dia pernah janji--
"minta-- dan aku bagi".

minta kita sempat, kawan2.
bersaksi atas nama dia. 
akukan dia. 
akukan rasul kita.

kita sama2 takut, kawan2.
sama2.

Nurkilan: Fynn Jamal