27 February 2013

Gila Kuasa


Antara orang yang paling aku benci dalam dunia,
Ialah orang yang mula rasa selesa dengan kuasa,
Dahulu prihatin sekarang mula dabik dada,
Sudah pandai keji orang dengan kata-kata,
Seolah - olah hati manusia dia yang punya,
Walhal dulu kita susah senang sama-sama,
Sekarang langsung tiada timbang rasa,
Yelah, aku di bawah kau di atas sana,
Kita dah tak sama taraf kita sudah berbeza,

Tak apa, kita lihat selama mana kau mampu ketawa,
Moga-moga nanti kau rasa apa yang aku rasa,
Dan waktu susah itu jangan kau cari aku dan kata,
"Hey kawan, aku punya derita mahu kongsi sama rata?"

25 February 2013

Tersedar


Sudah lama menyepi, melarikan diri dari menzahirkan emosi di alam maya. Terkadang terbit rasa rindu, ingin sekali membiarkan jari jemari menari - nari meluahkan isi hati, tapi dikekang dihalang penjaga waras yang masih berbaki. Dan hilang rasa hati itu pergi..

Entah mengapa dan di mana silapnya. Aku buntu, dan pantas saja ia bersatu dengan sendu. Cuba - cuba mencari kepercayaan yang diberi, hakikatnya hati sudah mati untuk mempercayai, setelah sekian kali penipuan jua yang dihadap kepada diri ini. Apa salahnya aku? Berkali - kali ku laung, bergema - gema di segenap penjuru minda dan hati, namun suara sendu itu mati tidak lagi didengari. Entah untuk yang ke berapa juta kali juga aku bertanya kepada diri sendiri, kenapa harus aku yang dibodohi?

Kini, izinkan aku meluahkan sedikit rasa yang terpendam di hati...

Kawan. 

Menjadi seorang yang terpaling berwaspada mendorong aku berjaga - jaga dalam bercerita, kerna hanya yang pernah merasa sakitnya hati terluka dek tikaman seorang teman sahaja yang mampu berkongsi rasa yang sama. Tapi entah bagaimana aku tergelincir semula, dan pantas saja hati berbunga menyangka aku sudah jumpa tempat untuk bercerita. Percaya, dan terus percaya kau mungkin memahami derita di sebalik jiwa yang nampak bahagia. Rupanya semuanya tipu belaka. Segala yang indah-indah hanyalah mainan mata, dan kau mungkin berdekah - dekah mempersenda cerita-cerita yang dianggap dusta.



JUJUR. Satu perkataan yang engkau tiada. Jawapan yang kau berikan semua bermuka - muka dan bersimpang siur mendabik dada. Susahkah untuk berhati suci dan berkata benar? Bukankah kita kawan kita teman? Apa kau menganggap hubungan yang dibina hanya picisan tak bermakna? Apa ingin kau campak kau buang suatu yang bermakna ke tepi ibarat sampah tak berharga? Atau kau malu untuk mengaku yang sebenarnya kepadaku? Rasa Inferiorkah kamu? Bertalu - talu pertanyaan menghentak keras mindaku, hanya demi seorang yang bernama kamu.

Terkadang aku merasa, akulah punca segala. Mungkin hatiku yang bernanah busuk, mungkin mindaku yang celaru, mungkin aku yang terkeliru. Ah..mungkin semua ini mainan perasaan hati, mungkin apa yang ku rasakan benar hanya ganguan emosi diri. Mungkin mungkin dan mungkin.. Semua yang negatif ku sandarkan kepada diri sendiri, demi menjaga ikatan suci persahabatan.



Namun kini nafas sudah sesak, jiwa sudah lelah, dan hati terlebih gundah. Aku penat dengan mainan dunia yang kau cuba ciptakan. Aku penat menjadi watak antagonis dalam drama - drama ciptaan kau. Biarlah aku membawa diri, biarlah tangisku mati sendiri, aku pasrah, kerna semua ini tak mungkin dapat ku teruskan lagi..

Cuma satu pesanku teman, jangan sampai saki baki sakit hatiku bertukar menjadi benci

ps: Maaf untuk entri penuh emosi, entahkan ada tidak yang masih sudi membaca tarian jari ini. Mungkin aku patut jadi penulis carpen di sini? *tetibe*

-Sayonara kawan-




02 February 2013

Pantun si rajuk hati

Tingginya awan tidak tergapai,
Pulau yg jauh tetap ku nanti,
Sayangnya mimpi tidak tercapai,
Angan yg tinggi ku simpul mati.

Moga impian yang mati mekar kembali..Suatu hari nanti..

Mereka yang dilupa


Dan kenapa bila ianya berkaitan dengan orang kurang upaya,
kita seolah-olah menutup sebelah mata dan memekakkan telinga?
Adakah hanya kerana mereka tidak sempurna seperti kita maka kita menjadi tidak cakna?
Alangkah hiba pabila diri terpaksa menagih simpati di negara sndiri,
mencari insan - insan yang masih sudi menghargai diri dari sekadar menjadi pemerhati.
Sesungguhnya kebanyakan dari kita lupa bahawa bahu yg memikul lebih merasa beban berbanding mata yg melihat


Nurkilan seorang aku yang merasa hiba