27 February 2013

Gila Kuasa


Antara orang yang paling aku benci dalam dunia,
Ialah orang yang mula rasa selesa dengan kuasa,
Dahulu prihatin sekarang mula dabik dada,
Sudah pandai keji orang dengan kata-kata,
Seolah - olah hati manusia dia yang punya,
Walhal dulu kita susah senang sama-sama,
Sekarang langsung tiada timbang rasa,
Yelah, aku di bawah kau di atas sana,
Kita dah tak sama taraf kita sudah berbeza,

Tak apa, kita lihat selama mana kau mampu ketawa,
Moga-moga nanti kau rasa apa yang aku rasa,
Dan waktu susah itu jangan kau cari aku dan kata,
"Hey kawan, aku punya derita mahu kongsi sama rata?"

No comments: