04 December 2012

Farewell dinner


Aku sedang cuba
Mencipta memori manis antara kita
Biarpun dulu aku derita
Biarpun hati pernah sengsara
Biarpun menangis dalam ketawa
Aku tetap cuba
Mengoles senyuman termanis di muka
Kerana waktu kita sangat berharga

Dan ini kisah kita semua
Yang ku pastikan akan sentiasa terpahat di jiwa 

Terima kasih untuk semua memori - memori manis kita, semoga awak, awak dan awak semua akan berjaya mengapai apa yang diimpi, semoga ini bukan pengakhiran kisah novel persahabatan kita. Good luck guys :)

06 November 2012

Thesis-ing

Beginning of the day:



In the end:

Oh my this is too much my brain are not functioning! I better sleep *Duhh*

01 November 2012

Aku si pendusta masa



Aku sedang berdusta dengan diriku, 
Kononnya sibuk tak cukup waktu,
Hingga terabai kalimah penciptaku,
Walhal aku masih punya waktu,
Untuk sekilas pandang pada mukabuku ku,
Dan YA aku malu,
Malu kerana membenarkan pendustaan berlaku pada hatiku,
Moga ALLAH ampunkan aku. AMIN

"Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.."

06 October 2012

Aziz Homestay Kuantan: Homestay Aziz Taman Murni Sg Isap Kuantan

Aziz Homestay Kuantan: Homestay Aziz Taman Murni Sg Isap Kuantan: Bilik utama ada AIR-COND, katil kelamin, almari,  meja solek, meja tepi  Bilik kedua ada AIR-COND, kipas siling, katil kelamin, ...

14 September 2012

Warkah buat Cinta

To my lovely mother, Che Zaini Binti Yusof

Assalamualaikum cinta. Selamat Hari Jadi sayangku. Di hari kelahiran mama ni, ina doakan semoga mama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikekalkan jodoh dengan pemilik tulang rusuk kirimu, diberkati ALLAH dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, diberi kesabaran untuk setiap ujian yang diberikan, diberi kesenangan, keceriaan dan kegembiraan selalu sertasentiasa berada dalam lindungan dan rahmat ALLAH. Terima Kasih kerana bertarung nyawa melahirkan ina, bersusah payah membesarkan ina, bersabar dengan karenah ina, mendidik ina menjadi hambaNYA yang sentiasa cuba mencari redhaNYA. Terima Kasih juga untuk kasih yang tidak pernah surut, marah yang tidak pernah benci, nasihat yang tidak pernah henti. Sesungguhnya dikaulah mama terbaik, ratu terhebat, buah hati tersayang,isteri teragung, idolaku sepanjang zaman dan idaman setiap anak gadis. I love you more and more everyday, darling.

Dari anakmu yang kejauhan,
Ina ♥

06 September 2012

Sila fahami hatiku, kawan

Dalam bersahabat kita seharusnya saling memberikan semangat, bukannya menjatuhkan semangat. Konsep bersahabat ialah memberikan pendapat dan nasihat secara berhemah agar sahabat boleh memajukan diri. Sahabat yang unggul adalah sahabat yang mampu memajukan dirinya sendiri sekaligus memberi inspirasi kepada sahabatnya yang lain untuk berjaya seperti dirinya.

Fahami konsep bersahabat, kawan. Rambut kita mungkin sama warna, tapi hati kita berbeda-beda. Tak mungkin sama. Tak mungkin.


20 June 2012

Sakit itu penghapus dosa


Saat aku lupa, tika aku alpa, ada sahaja yang mengingatkan. Terima kasih kepada awak, awak dan awak yang sudi berkongsi ilmu dan kata - kata yang begitu membina jiwa. Alhamdullilah, aku terima ketentuanNYA dengan redha. Percaya dan yakin setiap yang dihadapi akan mendekatkan diri ini kepada ALLAH penciptaku.. :)

17 June 2012

I am strong. YES I am


Malam yang sepi buat hati terusik tatkala terkenangkan FYP yang tergendala. Mana mungkin aku bergembira di sini sedangkan hati acapkali mengenang yang di sana. Biar sesempurna mana pun perancangan yang aku lakukan, aku tetap tidak mungkin mampu melawan perancangan ALLAH untukku. Aku redha. Mungkin ini satu ujian buatku, mungkin juga ALLAH punya perancangan yang lebih baik untukku. Hanya mampu berdoa moga dipermudahkan segalanya. Semoga aku menjadi lebih kuat dalam menghadapi ujianNYA, insyaALLAH..Doakan aku :)

07 June 2012

Untuk awak

Jangan mahkotakan seseorang itu segunung keutamaan bila padanya kau hanyalah secebis pilihan. Penting diri adakala bermakna jika tak mahu tertunduk dihamba.


04 May 2012

Renung-renungkan kawan

Aku bukanlah si penglipur lara yang pandai menyusun kata-kata, tapi aku suka bercerita dan berkongsi rasa. Fynn Jamal, aku tak mengenali siapa beliau, namun aku tertarik dengan ayat-ayat yang beliau utarakan. Tajam dan mendalam maksudnya. Aku pohon maaf andai perkongsianku di sini mengundang rasa sakit hati, aku hanya mahu berkongsi. Minta dihalalkan ilmu yang diberi :)
______________________________

‎"qulil haqq walau kaana murra"
betul?
betul.

namun.
ini malaysia.
kau cakap yang paling haqq pun,
belum tentu orang toleh dan tafakur untuknya.

silap2--
kau kena baling kasut dan dijolok ke tembolok untuk telan tanpa sempat kau kata apa2.

ini malaysia.
hak-sesuatu-fitrah bukan soalan.
tidak penting sesebuah ilmu yang disampaikan--
andai penyampainya tak lulus piawaian.

tapi.
atas "qulil haqq walau kaana murra" itu tadi,
aku TETAP mahu memperkatakan yang hakikat--
meski kepahitan yang paling kelat berada di tenggorokan.

benda betul.
macammana palat untuk aku akukan buruk diri,
kebenaran MESTI terus dicakapkan.

*hela nafas berat*

hijab.

*pause*

ada ramai yang menyelar aku dulu.
pernah sekejap aku cuba hendak berhijab.
tapi cuma separuh jalan.
"kenapa?"
jawab aku mudah.
"sebab aku tak betul"

hijab adalah identiti AGAMA aku.
hijab BUKAN aku.
memakai hijab adalah UNTUK MEMBERITAHU islam ini ada di sekeliling kamu-- lihat saja di kiri kanan kamu.

hijab BUKAN untuk memberi definisi SIAPA KAMU.
fashion is.
fashion would DEFINE you.
not hijab.

dulu, aku cuma sempat bertutup kepala selama sebulan dua.
kemudian aku tanggal semula.
aku tidak cukup daya.
aku tidak selesa.
aku malu, sebenarnya.

berhijab tapi solat terpelanting bawah tangga.
berhijab tapi asap berkepul2 keliling muka.
berhijab tapi hidup seperti biasa.
konon slogan "tudung tak membatas gaya hidup kita"

gila!
ITULAH tujuan hijab sebenarnya!
membatas. memberi garis pisah. meletak sempadan.

jadi aku tanggal semula. kerana aku malu. untuk apa aku berkatup kalau aku hidup masih tak berjagakan? ada nota2 yang semua orang kongsi2 di fesbuk: "biarlah pakai tudung atas paksa, lama2 nanti suka"

aku tak setuju.
aku--
bukan kau--
AKU tak setuju.

sebab aku belajar dengan cikgu aku, semua benda dalam hidup perlu ada ikhlas. sedangkan kalau solat dibuat separuh hati akan dilempar ke muka bagai kain buruk berbau celaka. itu solat. rukun. tak ikhlas berhijab agaknya macammana?

aku tak faham. 
macammana hijab lebih ke depan berbanding solat?
hijab jadi pembaris yang mengukur iman seorang perempuan.
berhijab-- TERUS lulus. 
tak perlu tanya solatnya, puasanya.
asal berhijab.
ASALKAN bertutup kepala.
cukup.

situasi:
perempuan berhijab dan perempuan telanjang kepala.
di stesen bas berbual2 dengan lelaki.
dua2 jenis tepuk-tampar tak ingat diri.
YANG MANA dilabel "bohsia" sampai mati?

aku tak faham.
kita terlalu dangkal sampai baik jahat seseorang itu bergantung buta2 pada pakaiannya.
ASAL pakai. hati dalam-- terpulang dia.

apakah BEGITU SEKALI kita pentingkan diri kita?
"yang penting depan aku dia bertudung. 
ikhlas tak ikhlas-- lantak dia."

(pesan keras: yang tak berhijab, jangan pula kau guna2kan ayat2 aku untuk menjadi skema jawapan pada hidup denial engkau. tak berhijab itu tanggungjawab engkau. pilihan engkau. tak ada satu dalil pun dapat menyelamatkan engkau darinya)

jadi setiap kali orang kata "pakai saja, tak perlu ikhlas",
aku mengaruk dalam hati.
apebende?
gila kontradiksi!

ada yang kata,
"biarlah. sekurang2nya dia bertudung".

pergh.

kalau ada orang depan kau solat--
tapi tak ambil wudhu',
atau telekungnya setakat paras lutut.
mampu kau cakap "biarlah. sekurang2nya dia solat"?

boleh?
sumpah atas nama tuhan kau jawab macam tu bulat2?

sering aku betah semula orang2 yang menggunakan alasan "sekurang2nya dia berhijab / bertudung / (isi tempat kosong).
mudahnya!!?!
cukup sekadar apa terjelas mata?

"itu antara dia dengan tuhan."
kalau begitu--
kenapa tak biarkan perihal hijab dia juga sama tuhan?
"kita kena tegur apa yang kita nampak"
bagaimana dengan kebaikan mereka yang mengatasi keburukan mereka? kebaikan2 subjektif yang diganjarkan JAUH lebih tinggi dari pahala fizikal-- macam taat pada ibu bapa, atau membuat kebajikan pada anak2 yatim ketika kita tidak berada di situ?

bagaimana kalau DIA lebih beriman pada shafa'at rasulullah berbanding mereka2 yang hanya lafaz tapi tak tahu?

seringnya, di bual2 itu, rata2 memilih membiarkan aku termangu sahaja.
selalu-- soalan2 aku terbiar begitu semata.

dan aku tak salahkan mereka.
aku budak banyak tanya.
dia kata langit itu biru, aku tanya kenapa.
dia jawab sebab itu biasan laut, aku tanya pasal pelangi pula.
memang penat menjawab dengan aku.

lama2 bosan. terus bagi jawapan tepat ke muka--
"orang macam kau akan dihumban ke neraka."

pergh.

kenapa suka ajar tuhan itu serba jahat?
kenapa suka cerita tuhan itu suka hukum?
kenapa lupa tuhan itu maha pengampun dan penerima taubat?
kalau kau tanya aku--
rasanya, yang jahat, suka hukum, bukan pengampun dan penolak taubat adalah manusia sendiri.

apa yang tinggal--
sempat tak sempat.

aku tak bagi fatwa yang "kita patut berhijab bila kita bersedia".
tidak.
itu cerita kau dengan tuhan.
sungguh.
AKULAH manusia paling terakhir kalau hendak berbual tentang hidayah.

tapi aku nak cakap,
kalau nak berhijab,
jangan kurang ajar.

buang rokok tu.
buang tangan boyfriend yang kau taut2 tu.
buang leset2 pada bahu jantan yang kau gesel2 itu.
buang perangai chia kau.
buang naluri miang masuk hotel dengan kekasih kau.

sebab hijab adalah identiti islam.
BUKAN identiti kau.
hijab bukan fesyen.

detik kau sauk hijab dan komited padanya--
adalah detik kau membuat perjanjian
"aku dah bersedia nak let go benda2 merapik itu semua".

islam is all about moderation.
kesederhanaan.
kalau kau masih belum nak buang perkataan "fashionista" dari senarai "things about me" kau itu-- 
adui...
tak tau la macammana nak cakap.
haih...
sakit dada aku.

let go lah.

kita sama2, kawan2.
sama2 takut kiamat--
sama2 takut tak sempat.

aku tak rasa cuma aku sorang solat hajat minta jangan kiamat masa ada amaran tsunami tempoh hari.
aku tak rasa cuma aku sorang menangis sampai basah telekung minta tuhan tangguhkan, sebab aku minta disempatkan sebelum aku mati.

tuhan itu baik, kawan2.
dia penuh cinta.
dia pernah janji--
"minta-- dan aku bagi".

minta kita sempat, kawan2.
bersaksi atas nama dia. 
akukan dia. 
akukan rasul kita.

kita sama2 takut, kawan2.
sama2.

Nurkilan: Fynn Jamal

07 April 2012

Pesan Roh kepada manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. 

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah

*Sumber: FB

01 April 2012

Nikah

mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin.

30 March 2012

Broken into pieces


The news is like a blade
It hurt me more and more
You might see i'm smiling
But the truth is i'm dying inside
To stay with the one i love but knowing i have to let them go
Really make me cry
Promise them the memories will never fade
This the least i can do
My heart broken into pieces again

I can't see their eyes
As they begging to me please don't go
Asking for reason and searching for love
I know they're all crying yet i still have to ignore
I am sorry it's happen this way, i know it's all my fault

* I LOVE YOU AND I ALWAYS DO

25 March 2012

Kisah Muka Buku

Seorang lelaki bertanya
"Kenapa awak tak taruk DP gambar diri awak yang sebenar and kenapa awak hide semua gambar awak? Awak segan sebab awak tak cantik ye?"

Jawapan tersurat, "Err a'ah.."
Jawapan tersirat, "Saya bukanlah alim sgt tp yang sebenarnya saya sedang berusaha menjaga pandangan mata awak dan juga kehormatan diri saya. Sebab tu lah saya tak taruk gambar diri sendiri. Cantik itu subjektif, bak kata mat lutfi :)"

17 March 2012

Sahabat (5)

"Aku ingin menjadi seorang bapa kerana aku nak mencontohi Luqman Al-Hakim mendidik anaknya. Aku ingin menjadi seorang suami kerana aku nak mencontohi Rasulullah yang merupakan seorang suami yang adil, romantik, memahami dan penyayang kepada isterinya. Kedua dua insan ini sangat aku kagumi. Dan aku jadikan mereka sebagai contoh ikutan dalam merentasi dunia yang penuh onak duri dan dugaan yang tak pernah kunjung padam. Moga kita sentiasa istiqamah dalam perjuangan ini. Amiin.."
(Mohd Luqman Bin Razali, 28 October 2010)

Terima kasih sahabat di atas peringatan yang kau tinggalkan
Semoga dipermudahkan urusanmu di alam sana
Al - Fatihah buat beliau

16 March 2012

My baby ♥


Selamat menjadi ibu kepada saya :D
Cewaahhh kemain lagi kan..
This is my new lovely baby
I miss them soo much ♥

27 January 2012

Bicara hati


Dalam meniti kehidupan saban hari, seringkali kita terlupa kekasih hati yang sejati. Tatkala dugaan datang bertali arus barulah diri terasa kerdil, terasa lemah tanpa kekasih hati. Saat jatuh tersungkur,barulah diri mula merangkak mencari tikar sejadah,barulah lidah menari mengalunkan irama memuji kekasih hati,barulah mata mula berkaca membaca lembaran lembaran cinta kitab Al-Quran,barulah hati mula menyesali setiap dosa dan noda noda hitam kehidupan. Betapa lemahnya diri ini sebagai sang pencinta, lupa dan leka dek mainan dunia..

Kini aku menjadi si perindu sepi yang mencari butir butir mutiara yang masih bersisa di dalam hati. Semoga setiap ujian dan dugaan dari Ilahi membuatkan aku semakin dekat dengannya. Syukur kerana ALLAH masih menyayangiku,memberiku peluang untuk merasa cintaNYA. Terima kasih ya ALLAH ♥