13 November 2011

AL - FATIHAH buatnya #2

Kembali lagi berbicara tentang hati. Hati yang ketika ini sedang berkecamuk diharung pilu. Dalam mengharungi detik - detik cemas perperiksaan akhir semester, aku dikejutkan dengan berita duka. "Tok Ayah baru meninggal tadi”. Terhenti seketika degupan jantung,diam aku tak bersuara. Siapa sangka perjumpaan beberapa minggu yang lalu merupakan yang terakhir. Hati memberontak ingin pulang tapi mama menegah,meminta aku bersabar dan menumpukan pada peperiksaan. Dan hanya ucapan AL – Fatihah yang mampu ku sampaikan kini. Entah mengapa air mata tidak mampu mengalir di saat hati dihimpit duri – duri kesedihan. Mungkin satu kelebihan,pemberian Ilahi agar aku menjadi pembakar semangat untuk adik – adik yang lagi rapuh hatinya. Terima kasih YA ALLAH, perancangan mu sungguh bijaksana. Hujung jariku kini menjadi kapas air mata, tulisanku menjadi penawar duka. Aku redha dengan ujianmu YA ALLAH, ku tahu sesungguhnya ALLAH masih menyayangi diriku dan keluargaku. ALLAH MAHA BESAR…

Buat teman – teman seperjuangan, terima kasih kerana ada disisi saat diri ini rasa keseorangan. Terima kasih kerana sudi memapah aku saat aku hampir tersungkur. Terima kasih kerana memberi kata – kata semangat dan menjadi teman yang setia. Terima kasih untuk segalanya. ALLAH jua yang mampu membalas jasamu semua.

AL – FATIHAH buat arwah atukku. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang – orang yang beriman. AMIN..

1 comment:

NANMN said...

sabar add. be strong ok sayang? takziah dari naj.