19 October 2010

KALAU TAK SUKA PULANGKAN...

Kereta berhenti betul - betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

"Horeeyy!! Papa balik!" kelihatan anak2 - anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi!! bahaya taw tak??" Jeritnya.
Anak - anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." arahnya pada anak yang sulung.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak - anaknya. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak - anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita." pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak - anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"HAH! Main air. Bil bulan ni papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" sergahnya. Suaranya yang bergema mematikan tawa anak - anak.

"Asal saya balik rumah je, mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk di rumah?" Sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak - anak pa. Mereka yang main tu. Tak apa nanti mama kemaskan. Papa minum ya? Mama dah siapkan kat taman. " balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu di mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak - budak tu alihkan."
"Boleh tak awak jgn usik barang saya? Susah tau x? Fail tu sepatutnya saya bawa pergi meeting tengahari tadi." rugutnya meskipun hati kecilnya mengakui kebenaran kata - kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari - cari riuh suara anak - anak dan wajah isterinya.
"Laila" keluhnya. Akhirnya dia terlena di sofa.

---------------------------------------------

"Saya nak outstation minggu depan."
"Lama?" soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak - budak?"
"Ikut jugalah"
"Dah! No! No! Susah nanti. Macam - macam mereka buat kt sana nanti. Tengok masa kat Legacy dulu tu.."
" Masa tu Amirul kecil lagi" balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan dulu berulang. Amirul masih kecil benar sewaktu peristiwa itu berlaku. Lagipun apalah sangat harganya pinggan itu. Malah pihak hotel juga tidak tuntuk ganti rugi.

"Boleh la Pa. Lagipun sudah lama benar kita tidak berjalan ke mana - mana."
"Nak sangat jalan, Sabtu ni saya hantar awak balik kampung. Muktamad!!"

Demikian seperti kata - katanya, anak - anak dan isteri dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa - apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak - anak terlompat riang sebaik sahaja kereta berhenti di perkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama untuknya.

"Cuba - cubalah baca. Kitab tu abah ambil dari masjib. Dari mereka bakar, baik abah bagi kamu."
"Manalah saya ada masa.."
"Tak apa, pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya.
"Kalau tak suka pulangkan balik!" kata - kata itu bergema di segenap lubuk fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya tentang masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan.. Bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.....

"Mizi,makan!" panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.."

------------------------------------------

"Papa! Makan!" jerit Aiman, anak keduanya sambil tersengih - sengih mendapatkan dirinya.
"Tak boleh panggil Papa elok - elok ke? Ingat Papa ni pekak!?"
Aiman mengaru kepala yang tak gatal. Pelik! kenapa Papanya tiba - tiba marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Tak ada benda lain ke awak nk masak? Dah lah! Saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana? " soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja yang makan!!"
"takpa Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
"Kenapa sekarang Papa selalu marah - marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
"Papa banyak kerja agaknya. Dah la, makan ya"
"Abang tak suka tengok Papa marah - marah.."
"Adik pun sama. Bila papa marah, muka dia macam gorilla kan?
Kata - kata Aiman disambut tawa oleh adik - beradiknya yang lain. Laila menjeling. Di hatinya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hinggakan menjamah nasi pun tak mahu? Jikalau ada pun, apakah dosanya?

Syahmizi menjengah ke ruang tamu. Kosong. Hatinya hampa.
"Laila.." serunya
"Sudah lah tu Mizi. Jangan diingat - ingat. Kerja Tuhan ni kita tak dapat tolak - tolak. Bawa beristigfar. Kalau terus macam ni, sakit kau nanti." kata ibunya tiba - tiba.
"Sunyi pula rumah ni mak"
"Lama - lama nanti kau biasalah."
Air matanya menitis laju. Dia rasa terhukum. Hampir segenap kata - kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

--------------------------------------------------
"Papa belikan apa untuk Aiman?" soal Aiman sebaik sahaja papanya pulang dari outstation.
"Beli apa pula? Barang mainan kan bersepah dalam bilik belakang tu"
"Tak ada lah?"
"Ingat Papa ni cop duit ke!?"
Aiman termagu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali menjadi riuh dengan telatah anak - anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minuman petang. Wajah laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
"Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah antara perbualan ibu bapanya.
Shahmizi tersenyum. Jari isterinya digengam erat. Tiba - tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik - baik. Kalau air tu tak tumpah, tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap. Shahmizi menyinga. Lengan Aiman dipegang kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman dipukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak - anak.
"Cukuplah Pa. Papa dah hukum dia pun tapi jangan sebut yang bukan - bukan." Ujat Laila perlahan.
"Macam mana awak didik budak - budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain, ada macam ni? Anak kak Long tu tak pula macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa!?" Omelnya kembali.

Shahmizi meraup wajahnya. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya, anaknya itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada sahaja salah Aiman di matanya. Ada sahaja yang kurang di hatinya terhadap anak - anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata - kata kesat terhadap mereka.

-----------------------------------------------

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni"
Laila menyuruh anak - anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
"Abang!"
"Baik awak tengok anak - anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan. Perangai satu - satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu sahaja. Laila berubah, sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Tiada lagi cerita Amirul di tadika. Tiada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga sudah tidak mahu memanggilnya makan. Shahmizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran kepada anak - anaknya.

"Pak ngah, Eddie nak balik!" Shahmizi terpana. Dia mengangguk.
"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah, kamu muda lagi. Cari pengganti."
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh berjumpa lagi yang serupa dengan Laila. Laila tak ada yang kurang, cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut, Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka, Laila tak pernah meminta lebih dari yang diberi. Laila cuma mendapat gred B walaupun Laila teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
"Laila..."

------------------------------------------

"Papa nak kemana kacak - kacak begini?" Shahmizi tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi - wangi lagi.Dating ya.."
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia ada buat makan - makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan di fikirannya terfikir lain. Kali ini dia akan pergi ke jamuan itu dengan Helmi. Helmi akan menumpangkan Marlia dan Harlina, staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun ni Papa selalu pergi ke jamuan office tapi tak pernah bawa kami."
"Leceh kalau ada budak - budak. bukan tahu duduk diam. Lari sana sini, panjat itu ini"
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit" dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut tak ada peluang. Nanti mereka dah tak mahu ikut ke mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak - lasak ni buat panas hati je"
Laila terdiam. "Anak - anak papa tu kan lelaki"
"Saya pergi kejap je, lepas tu saya terus balik"
"Mama tanya sikit boleh?" dia mengangguk.
"Bos tak pelawa atau Papa malu nak bawa mama dan anak - anak?"

Diam tanpa jawapan. Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan itu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shahmizi, dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak - anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak - anak staff berderai bila ada yang bermain tarik - tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak - budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik." ujar Mr Kwai tuan rumah. Shahmizi sedikit mengakui kebenaran kata - kata itu. Anak - anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang mengata yang bukan - bukan tentang anak - anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak - anak. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedangkan Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff - staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak - anak pada rakan - rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" kata - kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu, anak - anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata - mata bila Aimin dan Aiman berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba - tiba menguasai diri. Kepala kedua - duanya dilagakan sedangkan perebutan itu tidak disusuli pula dengan perkelahian.
"Kamu semua ni, kalau macam ni, daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!!"
Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak - anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa - apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak - anak ke sekolah. Shahmizi dapat melihat Laila mengesat air matanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak - anak yang tidak bersentuh. Susu masih penuh di cawan, roti telur yang menjadi kesukaan anak - anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tidak pernah lupa.

****************************************

"Kalau tak suka pulangkan!"
Kali ini dia benar - benar menangis. Laila dan anak - anak terus tidak pulang selepas pagi itu. Hari - harinya tidak lagi diganggu dengan gelagat anak - anak. Rumah terus sunyi dan sepi namum Shahmizi tetap tidak mampu untuk tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak - anaknya bergumpalan dan berlari mengejar bola sudah tidak lagi kelihatan. Riuh anak - anak bila mandi di bilik air juga sudah tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana - mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat hatinya.. LAILA
benarlah kata orang, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tidak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak - anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi.
Syahmizi menangis semahu - mahunya bila menatap wajah lesi isteri dan anak - anaknya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lapuk itu, lapuk bagaimanapun dipandang harganya tidak terbanding. Dan kerana keenganannya, Laila dipulangkan...........

*********************END*********************

cerita ini bukanlah hasil nurkilanku sendiri tetapi aku perolehinya dari seorang teman. Ceritanya mungkin tampak biasa tapi padaku ia punya makna yang mendalam, bukan sekadar meruntun jiwa tetapi penuh dengan pengajaran tersirat. Pesanku kepada teman - teman, kiranya kalian membaca carpen ini, bersyukur dan hargailah setiap insan yang hadir dalam hidup kalian.
sekian dari saya
INA a.k. a. ERMA ALYSSA~

6 comments:

syamimihaziqah said...

:'((

Arumi Dasuki and Erma Alyssa said...

saya pun tacing time tulis ney ;((

NANMN said...

hehe. ramai post cerita ni. adaptasi naj rasa from salah satu drama shiela rusli. pernah tayang kat tv3. tajuk tak ingat tapi masa cuti sem hari tu. tapi ending lain. kalau dalam drama tu ending dia masa isteri dia balik amik anak anak dari skolah, ada perompak follow diorang sampai rumah and bunuh sorang sorang. kalau tengok drama tu memang meleleh laa. :)) yang jadi bapak dia fauzi nawawi. lagi ganas. haha

Arumi Dasuki and Erma Alyssa said...

wooo...cm best jeh..add xtaw ney cter drama, add amek dr akak senior..hehehe nk carilah cter drama tu kt utube..heee :D
tp kak cter shiela rusli mmg cdey..aritu tgk kt tv drama arahan dye mmg tacing kaw2 laa

hadi hasan said...

toi 2 najlaa. penah gak tgk citer 2. yg ending kne bunuh. giler tacing.. adeh. mnx dijauhkan jd bapak yg cmni. giler bengong. pukul ngn raket kng baru tau.

baby, syg baby. hehe. ayg bkn cmni taw. =p

Arumi Dasuki and Erma Alyssa said...

ayg..baby taw ayg bukan cmney..ayg baik,comey,manje..my first love ;)
syg ayg gak..muaaaahxxx33
1437