13 September 2010

entry khas untuk semua

masa on9 facebook td, ternampak kawan post benda ney

bukanlah nk berlagak baik, jauh skali nk bermegahan..cume sebagai peringatan dan iktibar kepada kita semua, terutama sekali kaum hawa..jagalah mahkota diri kita, jgn dah terlmbat baru nk menyesal

"Maka sesiapa yang membiarkan ikatan pertunangan dan era mudanya dicemarinya dengan 'ringan-ringan dan zina', ia membenihkan penyakit yang serius dalam hati. Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur. Kelaurga yang amat berpotensi melahirkan suami yang bermain kayu tiga, isteri bercinta dan zina dengan rakan sekerja, anak yang menjadi penzina muda di sekolah dan lain-lain bencana keluarga yang pastinya diakhiri dengan penceraian dan penderitaan anak-anak. Matinya si ibu bapa ini kelak, mungkin diiringi dengan celaan atau sorakan oleh anak-anak peninggalannya."

"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman." (An-Nuur 24 : 3)

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (An-Nuur 24 : 26)

Nauzubillah minzalik (minta di jauhkan Allah)


2 comments:

ieqa said...

betul betul betul!

bercinta bercinta jgak.
sayang sayang jgak.
tapi diri kene pandai laa jage kan.
simpan untuk husband in the future nanti je laa kn.

mintak dijauhkan laa dari kite perangai tak senonoh camtu. aminn

Arumi Dasuki and Erma Alyssa said...

amin..