Kenapa ye,
Bila seorang wanita sudah berkahwin dan memiliki anak,
Dia seolah-olah kehilangan kawan-kawannya,
Yang dulu bersama-sama gelak ketawa,
Tempat berkongsi suka dan duka,
Hilang... Senyap.. Sunyi.. Sepi..
Sedih sebenarnya,
Sebab bagiku perkahwinan bukan bermaksud putusnya persahabatan,
Mungkin kita tidak lagi mampu menari-nari seperti dulu,
Tidak mungkin dapat melepak di mamak sehingga larut malam,
Makan roti canai sambil masing-masing duk bising "Woi berat aku naik laa" tapi tangan tak berhenti mengunyah hahaha
Adakah kerana dunia kita sudah berbeza,
Masing-masing punya kerjaya, masing-masing punya urusan dunia,
Maka kekangan masa menghilangkan persahabatan kita,
Mungkin juga kerana kau dan aku sudah mula punya tanggungjawab yang lebih penting,
Maka kita saling terlupa untuk sesekali meyapa dan bertanya khabar
Hei kawan,
Semoga kau tahu,
Diamku bukan memusuhimu,
Aku akan selalu ada di sini,
Akan selalu menjadi pendengar setiamu,
Tempatmu bersandar menghilangkan penat dan lelah
Ku harap kau tahu,
Aku rindu...
aq suke simple.. aq suke jalan2.. aq suke byk kawan.. aq suke mkn.. aq suke byk duit.. aq suke tdo.. aq suke men game.. aq suke brcinta.. aq suke bawak moto.. aq suke tgk cter klakar.. aq suke borak2.. aq suke mkn aiskrim.. aq suke kasut cantik.. aq suke.. aq suke.. sume bnde..!
03 May 2017
07 April 2017
Kisah Laki Bini 1
Husband: Huiyooo you masak apa ni..?
Aku: I masak kari ayam
krukk krukk (Bunyi laki aku kunyah makanan)
Husband: Perghhhh sedap gila you masak kari, macam mamak (sambil senyih-sengih)
Aku: ......... Ni puji ke keji..? 😒
Aku: I masak kari ayam
krukk krukk (Bunyi laki aku kunyah makanan)
Husband: Perghhhh sedap gila you masak kari, macam mamak (sambil senyih-sengih)
Aku: ......... Ni puji ke keji..? 😒
27 February 2017
Tora Kembali
TORA DATANG LAGI DENGAN...
Ecewah kemain hengko kan
Perut dah kenyang anak pun masih tidur
Maka izinkan hamba mengepost satu lagi post tak berilmiah
Kahkahkah Hastag kasicanlaaa
Kenapa nak menulis di sini sedangkan dah tau tiada siapa yang membaca..?
Sebab memang itu motifnya
Dah tau takde orang baca maka tempat ni jadi semacam diari alam maya la ewah
Nak post as status kat FB takleh dah pasal ramai kenalan
Nanti ada yang terluka, tak kurang juga yang mengecam
Maka di sinilah tempat nak geli gedik luahkan apa yang terbuku di hati
Bila cakap pasal luahan hati dah tentu-tentulah topiknya sukahatiakulah kan
Hanya my opinions dan bukan fakta
Nama blog pun tentang diri ini maka it's all about me
Makanya jangan la duk pertikai "Duhh siapa nak tau pasal kau wehh"
Update pasal diri sendiri sikit,
Alhamdullilah saya sudah bernikah dengan kekasih hati tersayang si Arumi Dasuki ku
Dan alhamdullilah dah ada anak pun, rezeki Allah kasi cepat syukur
Hero seorang, dah nk dekat setahun pun haa usianya
Dulu bekerja, mostly dalam bidang quality
Tapi la ni cheq dah berhenti kerja sejak ada anak
Nak fokus jaga anak, puas hati tengok anak membesar depan mata
So sekarang saya jadi surirumahtangga cemerlang
Buat business online sebagai side income
Siapa-siapa berminat boleh tengok page iolss
The Addelina's
Iolss jual pelbagai barangan dari oversea
Macam Gucci, Coach, Kate Spade, Fossil
Dan macam-macam lagilah
Handbag, jam, wallet murah-murah je awak
Serius rugilah kalau awak tak usha page tu
Selain tu ada jugak pakaian muslimah
Jubah, baju kurung, kebarung, kebaya
Dan produk kecantikan yang bebas bahan kimia merbahaya
Imanni Skinz, kosmetik organik habbatussauda No 1 di Malaysia
Itu je kot hahaha
Nanti kalau rajin lagi aku singgah sini lagi
Bila tu tak tahulah kihkihkih
Sehingga ketemu lagi
Babai..!
Tiup Habuk
Fuhhhh Fuhhh
Dah lama tak menepek kat sini,
Terabai blog ni kesian sungguh,
Tiba-tiba rasa nak membelog semula,
Yela sejak-sejak dah jadi suri rumahtangga yang cemerlang ni,
Sunyi kot takde kawan nak dibebelkan,
Maka apa salahnya bercakap dengan diri sendiri kat sini,
Kang aku cakap sorang-sorang diri orang kata aku gile pulak,
Yedok..?
Semoga aku kembali lagi menulis,
Bila free-free anak tido hahaha,
For now, chow cincau wa nak makan dlu
Adios.
Subscribe to:
Posts (Atom)