Showing posts with label nenek nk bercerita. Show all posts
Showing posts with label nenek nk bercerita. Show all posts

07 February 2014

Sebab- sebab kenapa saya tak suka jumpa doctor

Dah lama tak menulis... Tiup sikit

Fuhh Fuhh....

Ehem!

Aku punyai body terpaling fragile. Memang kerap aku sakit-sakit ni. Tapi seriously aku malassssssss amat nak jumpa doctor. Bukannya tak nak iktihar cari penyembuh penyakit tu, tapi untuk beberapa pengalaman tak berapa nak best aku alami dengan doctor. Antaranya ialah;

1) KAU KENA MUKA PUCAT TANGAN BERDARAH-DARAH MATA BIRU MUNTAH HIJO BARU BOLEH JUMPA DOCTOR

Amboi bombastik sangat you ni kan Adlina. Seriously siapa suka kalau ko jumpa doktor then dipersoalkan semula "Macam sihat je macam okay je". Nampak macam haku ni saje-saje nak tagih simpati mintak MC sebab malas keje. Ada certain sakit tu memang lah muka pucat segala tapi ada jugak yang si penderita je yang tahu rasanya macam mana. Nak pulak kalau dapat patient yang jenis pendam sakit macam aku ni. Chill je gelak-gelak tapi dalaman, MasyaALLAH aku je yang tahu sakitnya bagaimana.

2) SOALAN DOCTOR PELIK

Bayangkan situasi ni. Ko sakit belakang and tak tahu punca. Ko pun pergi klinik jumpa doctor. Ko bagi sedikit penerangan dan tunjukkan tempat yang sakit. Tiba- tiba doctor tanya ko "Eh kenapa awak sakit kat situ?" ataupun "Eh kenapa awak sakit macam tu?". Ko tak rasa pelik ke? Aku boleh terima soalan "Awak sakit apa?" sebab ko kena paham, doktor tu bukan ahli nujum boleh baca fikiran ko, so dia perlukan sedikit penerangan dari ko untuk dia analisis dan simpulkan apa sebenarnya penyakit ko. Tapi dah kalau tanya kenapa sakit kat situ atau kenapa sakit macam tu memang aku rasa pelik sangat. Sebabnya aku sendiri tak tahu punca penyakit aku dan ini tujuan utama aku datang klinik. Tapi kita hunuzon lah. Mungkin doktor tu sebenarnya nak tanya "Awak ada tersepak apa-apa ke" atau "Awak ada tersalah makan apa-apa ke" tapi dia menggunakan soalan yang KBKK sikit. Ko ingat soalan exam jeke ada KBKK?

Hurmm oke soalan doctor agak mencabar. Bagi saya 3 jam untuk berfikir jap

3) DOCTOR ASSUME SAYA TAHU APA SAKIT SAYA

Ni pun satu yang aku rasa macam... Krik krik krik.. Jumpa doctor, check check lepastu terus doctor kasi ubat. Takda pun nak beri penerangan apa sebenarnya sakit yang dialami. Kita pulak kena tanya "So doctor, apa sakit saya". Tu pun kalau tak tanya pah ceroh la tak tahu sakit apa. Certain orang macam aku kalau boleh dia nak tahu la apa sakitnya, punca penyakit. At least ada reason untuk sakit tu, nanti kalau makayah kawan-kawan pakwemakwe tanya kenapa pergi klinik boleh la cerita "Oh aku sakit perut kemungkinan keracunan makanan" atau "Oh doctor kata maybe muscle pain sebab tu aku sakit belakang". Tapi lagi sekali kita kena hunuzon, maybe doctor tu nak cepat sebab sakit perut that's why dia lupa nak kasi penerangan kat ko. Paham tak?

4) DOCTOR KEREK DENGAN SAYA

Yang ni aku pernah jumpa masa aku sekolah rendah. Time tu aku cerita lah segala symptom sakit-sakit yang aku alami. Masuk 2 3 cerita keras je doctor tu cakap "Ada lagi sakit? Banyaknya sakit?" Dengan nada suara yang kerek. Walaupun hingusan lagi waktu tu tapi aku sudah boleh bezakan nada suara bergurau dengan sombong. Maybe dia bosan kot dengar aku cerita. Mungkin jugak dia tak reti macam mana nak treat perempuan. Aku comey sangat sampai doctor tu nervous kot sebab tu dia layan aku macam tu *muntah hijau*. Apa-apa pun, sebosan mana pun ceritanya, aku tetap rasa seorang pesakit perlu dilayan dengan berhemah. Sebabnya dia kan tengah sakit, mood dia tengah macam yoyo, jadi dia perlukan support dari seorang doctor.



Tapi ini hanyalah sebab kenapa aku tak suka jumpa doctor kalau aku sakit based on beberapa pengalaman aku. Bukan semua doctor macam ni. Diulangi, BUKAN SEMUA DOCTOR MACAM NI. Pergh Caps Lock dah tu tak paham jugak tak tahu lah. Banyak je doctor aku jumpa yang baik-baik, bersopan santun, berbudi bahasa dan service tiptop. Ada satu doctor aku jumpa tu siap pesan lagi "Jangan tinggal solat, banyakkan berzikir, banyakkan baca Quran, kita ni kadang-kadang lupa, bila sakit baru cari ALLAH" Bagus kan doctor ni? Sambil-sambil tu dia berdakwah.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada doctor-doctor yang bertungkus lumus memerah kudrat untuk menyelamatkan nyawa. Salute saya untuk anda para doctor and doctor to be. Ko ingat senang ke nak belajar 5 6 tahun perah otak hafal itu ini? Ada emergency case je terpakse tinggalkan anak bini suami kat rumah demi seorang pesakit yang bertarung nyawa. Sebab tu janganlah suka-suka mempertikaikan kekredibilitian doktor. Pantang salah sikit cepat je nak memaki "Hah tulah doctor bodoh belajar tinggi-tinggi sakit macam ni pun tak boleh nak ubati" Amboi mak ngah cabai mulut tu baru tahu. Kawan-kawan kena ingat, penawar sakit tu semua dari ALLAH, doctor tu satu iktihar je. Okay?

Akhir kata, senyumlah selalu dan berjumpa lagi kita di entry akan datang. Ecewah macam ada pembaca je perasan sungguh.

Have a nice day. Bye bye!

Much Love,
Adlina Aziz
xoxo =D

24 April 2013

Peminta Cilik yang terluka

Malam yang sunyi mengingatkan aku pengalaman lalu, tatkala menikmati makan tengah hari di KFC, tiba-tiba outlet itu didatangi seorang anak lelaki. Masih muda. Masih di peringkat sekolah menengah aku kira. Duduk di muka pintu, meminta simpati pelanggan yang datang berderu-deru. Dari riak wajahnya seperti ada kisah tak terungkapkan. Dia setia menunggu ihsan dari sesiapa sahaja yang lalu. Tak jemu dia cuba meminta walau sedikit sahaja yang cakna tentangnya.

Melihat keadaannya, pantas sahaja fikiranku mengimbas kejadian beberapa tahun yang lalu. Waktu itu, aku menemani mama ke bank untuk mengeluarkan duit. Setibanya kami di sana, kelihatan susuk tubuh kanak-kanak perempuan, diam berdiri di depan bank seolah-olah mencari sesuatu. Ada tabung di tangannya. "Oh, mungkin dia ingin meminta sedekah" bisik hati kecilku. Namun yang menghairankan aku adalah sikapnya yang tetap kaku di situ, mukanya hanya memandang lantai tanpa meminta sebarang derma dari manusia yang tidak putus-putus melalui kawasan itu. Hanya ada beberapa manusia cakna yang memberikan dia wang, selebihnya hanya berlalu seolah-olah dia tidak wujud di situ. Simpati sungguh aku padanya. Ku tenung wajahnya dalam-dalam. Sugul, ada sendu dan pilu. Aku khabarkan keadaan dia kepada mama. Kami hampiri dia, dan bertanya seandainya dia sudah makan. Belum katanya. Mama mempelawa dia untuk makan tetapi dia menolak. Mungkin malu, mungkin juga kerana dia tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan. Kami serahkan padanya sedikit wang sebagai bantuan. Sebelum berlalu kami ingatkan dia agar makan.

Di dalam kereta, mama memulakan cerita mengenai pengalaman dia bersama salah seorang peminta sedekah cilik. Waktu itu, mama mempelawa dia makan kerana mama terlalu simpati melihat keadaan dia. Pantas sahaja dia setuju. Cerita mama lagi, dari gayanya makan seolah-olah dia terlalu lapar, seolah-olah sudah beberapa hari dia tidak menjamah makanan. Mama cuba mengorek cerita. Bertanyakan latar belakang dia. Menurutnya, dia disuruh untuk meminta sedekah. Dan seandainya tiada sebarang hasil yang dibawa pulang, atau hasilnya tidak mencapai target yang ditetapkan, maka dia tidak diberi makan. Berlaparlah dia seharian sementara menanti hari esok. Mendengarkan cerita mama, rasa simpatiku tidak dapat dibendung-bendung lagi. Sungguh kasihannya mereka. Sudahlah penat berdiri seharian dari pagi ke malam, wang yang diberi orang ramai untuk dia menyara diri diambil pihak tak berhati perut, makanan pula tidak diberikan. Itu belum cerita kemungkinan dia dipukul dan sebagainya.

Anganku segera terhenti apabila terdengar seorang pakcik memarahi anak lelaki yang meminta sedekah di depan pintu tadi. "Kamu tu masih muda, tubuh masih sihat, buat apa minta sedekah? Usaha sikit, pergi cari kerja yang halal" keras sungguh suara pakcik itu. Aku menggelengkan kepala. Sungguh aku faham niat pakcik itu ingin menyedarkan, tapi pakcik itu terlupa satu perkara, kehidupan setiap insan tidak sama. Apa yang pakcik itu tidak nampak adalah kemungkinan-kemungkinan anak-anak kecil yang memintah sedekah seperti anak lelaki itu dipaksa oleh sindiket-sindiket tertentu, yang mana nasib mereka bergantung kepada hasil meminta sedekah itu. Ya aku akui anak lelaki itu tampak sihat badannya, tetapi sebagai dewasa kita harus mendalami situasi ini. Walau tampak sesihat manapun fizikal dia, dia masih tidak mampu melawan tenaga lelaki dewasa, lebih-lebih lagi lelaki dewasa yang ramai bilangannya. Aku percaya, bukan sekali dua perkataan 'KERJA' itu terlintas di akalnya. Mungkin dia sendiri pernah cuba berusaha untuk lari dari dunia yang memaksa dia meminta sedekah, tapi dikekang dan dihalang oleh mereka-mereka yang berhati durjana. Mungkin dia dikecam akan dibunuh sekiranya dia melarikan diri. Mungkin juga dia diugut akan dibunuh adiknya jika dia melarikan diri. Dan tidak mustahil juga dia dikawal rapi oleh sindiket - sindiket berhati syaitan ini. Lantas pilihan apa yang dia ada wahai pakcik? Pernahkah kau cuba dalami isi hati dia sendiri? Pernahkah kau cuba memahami gelora jiwanya yang tersepit, yang terhimpit? Aku lihat anak lelaki itu hanya diam memandang tanah, dan sekali lagi simpati aku tercurah padanya.

Mungkin akan ada yang berkata, "Mengapa tidak dia laporkan kepada polis jika benar dia diperlaku seperti itu" Biar aku menjawab bagi pihak mereka. Bagaimana mungkin dia melaporkan sekiranya pergerakannya sentiasa diawasi? Mungkin akan ada yang mempersoalkan, "Jika begitu, mengapa pula kamu tidak melaporkannya kepada polis bagi pihak mereka?" Nah sekarang katakan padaku, bagaimana bisa aku melaporkan, umurku juga masih belasan ketika itu, mungkin aduan yang ku buat dipandang enteng dan sepi, dan aku sendiri cetek ilmu tentang bagaimana dan kepada siapa harus aku laporkan hal seperti itu diwaktu umurku muda begitu. Apa yang mampu aku lakukan di waktu itu hanyalah menghulurkan sedikit wang sumbangan dengan harapan wang itu dapat membantu dia mendapatkan makanan, dan mengelakkan dia dari dipukul atau sebagainya.

Kisah ini masih dapat ku ingati sehingga kini, walaupun sekarang sudah jarang aku berjumpa si peminta cilik ini, aku masih berharap agar sindiket yang meperdagangkan manusia ini berjaya ditumpaskan pihak berkuasa secara total suatu hari nanti. Kepada kawan-kawan, aku seru, seandainya kamu menjumpai si cilik yang meminta sedekah, hulurkanlah sedikit sumbangan kepada mereka, bukan untuk menggalakkan amalan ini, tetapi niatlah untuk membantu menyelamatkan mereka daripada sebarang perkara yang memudaratkan mereka kelak. Dan jika kamu mampu, bantulah mereka dengan melaporkan kepada polis atau pihak yang berkenaan. Janganlah diherdik, dimarah mereka kerana kita sendiri tidak mengetahui kisah yang mendorong mereka meminta sedekah.

Akhir kata, awasilah ahli keluargamu, bersangka baiklah sesama manusia dan bersedekahlah kepada yang kurang mampu. Moga-moga amalan kita diterima ALLAH dan dapat membantu kita kelak. InsyaALLAH.. :)

26 March 2011

Awak boleh buat saya merajuk tapi jangan sampai saya terluka

Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu.Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan. Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang.


Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niat ku mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku.
Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik.Aku mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi.
Cuma yang aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.


Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah saudara mara menentang hebat kemahuanku.Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka. Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya. cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi rebutan pemuda sekampung.


Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu.


Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah. Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang ajarkan.Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurjannah. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk,
Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang.
Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnyake pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya, Nurjannah faham benar seleraku.


Selama sebelas tahun itu juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku. Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas.
Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya. Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Normi, madu Nurjannah.


Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya.Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku.


Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman mesranya. Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu.Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya menggeleng kepala. Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain.Kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda membantah atau marah.


Cuma antara kami kurang mesra,mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurjannah. Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara gading. Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor,Fariza menjadi pensyarah, Fakhrul pu la pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari lagi.


Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan aku tidak menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah menunjukkan riak kurang senang padaku.
Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namunaku tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara keduanya.


Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk berlaku adil.! Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak cili padi. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi kemulut. Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan cerita.Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu disamping Fariza.


Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku.
Aku terpempan.
Terkedu.
Hilang sudah segala kekuatan yang ada.
Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya.


"Bang,lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh melakukannya sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati.
Rasanya ingin gugur air mata lelakiku. Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau lakukan. Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah, barangkali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang yang dikasihi..
"Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran Jannah sudah tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhakaapabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa,mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa sebarang riak api kebencian kepadaku.


"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah tinggal mak cik Normi sorang-sorang."
"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi," pintasku cuba melerai! kekusutan yang membelit diri.
"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap terluka. Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.
Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku. Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah isteriku.
Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada..

Bukan hasil nurkilanku tapi aku cuma mahu berkongsi dengan semua. Hargailah apa yang kita ada :D

06 December 2010

33


yeah dah berjaya menempelkan diri ke BlogLarian..excited sungguh aku ye.. hoho.. see? senarai blog ke 33 hokey ^^

TQ ye en Padel

budak zaman sekarang


Budak - budak skolah zaman skunk mmg handal lah.. kecik2 lagi dah pndai mengatai. ciap berabang syg g2..cewaaaah.. adik - adikku syg, silalah blajar pandai2 dulu baru pk sal bercinta. KECIAAAAAAANNNNN kt mak ayah kalian. akak lempang laju - laju kang baru uoolls tawww..

"budak zaman sekarang perangai pelik
orang kata buruk dia pandang semua cantik..tak jelik
mana pergi rasa segan..?
kalau tak kt orang kurang2 pun kt tuhan.."

p/s: Ni semua pengaruh barat la niii...haip

01 December 2010

Sanggup tak??

Aku mmg suke blogrunning ( running sbb laju - laju jimat masa). Then time blogrunning tu, terbace satu entry menarik yang nak dishare kt blog ney. Haa ni nk tnye, sanggup tak uuools mkn sumting yg ala - ala najisss?? euuu mmg mengelikan ketiak la kan tp percaya x, kt Taipei terdapat sebuah restoran yg dibina menyerupai tandas moden dimana tempat duduk diperbuat drpd mangkuk tandas and singki diperbuat drpd tandas kencing lelaki (sanggup tak nk cuci tgn?). Yang paling menjijikan meloyakan tekak ialah hidangan spesel kt restoran ni ialah eskrem berbentuk NAJIS!! ( uweekks muntah berdarah). Ok silalah menikmati gambar - gambar yg akan dipaparkan ini sambil mkn popcorn.

AMARAN: Jgn melihat gambar ini jika anda sedang menikmati sebarang mknan terutamanya eskrem

Tadaa~ cantik tak restoran ni? Boleh makan smbil berak sekaligus

Ouh sinki utk membasuh tgn anda.. Ni kes terlebih canggih

Wow eskrem itu nmpk menyelerakan (Apakah..??)

Sape2 yang sanggup nk mkn ni sila goyang punggung anda skung..Hahaha

Kusyuk mereka menikmati makanan

Tilik apa tu kak? Ngap jelaaa

Makanan dalam lubang jamban

Gembira sungguh amoi ni mkn dlm tab mndi..sedap kak??

So amacam? Ada bran nk mkn kt restoran ni? hehehe =D

21 October 2010

20.10.2010 at 20:10

semalam
tepat jam 20:10
pada tarikh 20.10.2010
melaka telah diisytiharkan sebagai MELAKA MAJU 2010

*
*
*
*
*
*

maju ke? kalau maju tolong lah cepat2 pasangkan lampu jalan
kecian kt kami - kami yang ade kelas malam asik eksiden je
sekian terima kasih

p/s: entah apa yg maju aku pun tak tahu lah

19 October 2010

KALAU TAK SUKA PULANGKAN...

Kereta berhenti betul - betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

"Horeeyy!! Papa balik!" kelihatan anak2 - anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi!! bahaya taw tak??" Jeritnya.
Anak - anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." arahnya pada anak yang sulung.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak - anaknya. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak - anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita." pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak - anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"HAH! Main air. Bil bulan ni papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" sergahnya. Suaranya yang bergema mematikan tawa anak - anak.

"Asal saya balik rumah je, mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk di rumah?" Sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak - anak pa. Mereka yang main tu. Tak apa nanti mama kemaskan. Papa minum ya? Mama dah siapkan kat taman. " balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu di mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak - budak tu alihkan."
"Boleh tak awak jgn usik barang saya? Susah tau x? Fail tu sepatutnya saya bawa pergi meeting tengahari tadi." rugutnya meskipun hati kecilnya mengakui kebenaran kata - kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari - cari riuh suara anak - anak dan wajah isterinya.
"Laila" keluhnya. Akhirnya dia terlena di sofa.

---------------------------------------------

"Saya nak outstation minggu depan."
"Lama?" soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak - budak?"
"Ikut jugalah"
"Dah! No! No! Susah nanti. Macam - macam mereka buat kt sana nanti. Tengok masa kat Legacy dulu tu.."
" Masa tu Amirul kecil lagi" balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan dulu berulang. Amirul masih kecil benar sewaktu peristiwa itu berlaku. Lagipun apalah sangat harganya pinggan itu. Malah pihak hotel juga tidak tuntuk ganti rugi.

"Boleh la Pa. Lagipun sudah lama benar kita tidak berjalan ke mana - mana."
"Nak sangat jalan, Sabtu ni saya hantar awak balik kampung. Muktamad!!"

Demikian seperti kata - katanya, anak - anak dan isteri dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa - apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak - anak terlompat riang sebaik sahaja kereta berhenti di perkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama untuknya.

"Cuba - cubalah baca. Kitab tu abah ambil dari masjib. Dari mereka bakar, baik abah bagi kamu."
"Manalah saya ada masa.."
"Tak apa, pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya.
"Kalau tak suka pulangkan balik!" kata - kata itu bergema di segenap lubuk fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya tentang masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan.. Bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.....

"Mizi,makan!" panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.."

------------------------------------------

"Papa! Makan!" jerit Aiman, anak keduanya sambil tersengih - sengih mendapatkan dirinya.
"Tak boleh panggil Papa elok - elok ke? Ingat Papa ni pekak!?"
Aiman mengaru kepala yang tak gatal. Pelik! kenapa Papanya tiba - tiba marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Tak ada benda lain ke awak nk masak? Dah lah! Saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana? " soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja yang makan!!"
"takpa Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
"Kenapa sekarang Papa selalu marah - marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
"Papa banyak kerja agaknya. Dah la, makan ya"
"Abang tak suka tengok Papa marah - marah.."
"Adik pun sama. Bila papa marah, muka dia macam gorilla kan?
Kata - kata Aiman disambut tawa oleh adik - beradiknya yang lain. Laila menjeling. Di hatinya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hinggakan menjamah nasi pun tak mahu? Jikalau ada pun, apakah dosanya?

Syahmizi menjengah ke ruang tamu. Kosong. Hatinya hampa.
"Laila.." serunya
"Sudah lah tu Mizi. Jangan diingat - ingat. Kerja Tuhan ni kita tak dapat tolak - tolak. Bawa beristigfar. Kalau terus macam ni, sakit kau nanti." kata ibunya tiba - tiba.
"Sunyi pula rumah ni mak"
"Lama - lama nanti kau biasalah."
Air matanya menitis laju. Dia rasa terhukum. Hampir segenap kata - kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

--------------------------------------------------
"Papa belikan apa untuk Aiman?" soal Aiman sebaik sahaja papanya pulang dari outstation.
"Beli apa pula? Barang mainan kan bersepah dalam bilik belakang tu"
"Tak ada lah?"
"Ingat Papa ni cop duit ke!?"
Aiman termagu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali menjadi riuh dengan telatah anak - anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minuman petang. Wajah laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
"Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah antara perbualan ibu bapanya.
Shahmizi tersenyum. Jari isterinya digengam erat. Tiba - tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik - baik. Kalau air tu tak tumpah, tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap. Shahmizi menyinga. Lengan Aiman dipegang kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman dipukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak - anak.
"Cukuplah Pa. Papa dah hukum dia pun tapi jangan sebut yang bukan - bukan." Ujat Laila perlahan.
"Macam mana awak didik budak - budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain, ada macam ni? Anak kak Long tu tak pula macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa!?" Omelnya kembali.

Shahmizi meraup wajahnya. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya, anaknya itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada sahaja salah Aiman di matanya. Ada sahaja yang kurang di hatinya terhadap anak - anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata - kata kesat terhadap mereka.

-----------------------------------------------

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni"
Laila menyuruh anak - anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
"Abang!"
"Baik awak tengok anak - anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan. Perangai satu - satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu sahaja. Laila berubah, sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Tiada lagi cerita Amirul di tadika. Tiada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga sudah tidak mahu memanggilnya makan. Shahmizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran kepada anak - anaknya.

"Pak ngah, Eddie nak balik!" Shahmizi terpana. Dia mengangguk.
"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah, kamu muda lagi. Cari pengganti."
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh berjumpa lagi yang serupa dengan Laila. Laila tak ada yang kurang, cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut, Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka, Laila tak pernah meminta lebih dari yang diberi. Laila cuma mendapat gred B walaupun Laila teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
"Laila..."

------------------------------------------

"Papa nak kemana kacak - kacak begini?" Shahmizi tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi - wangi lagi.Dating ya.."
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia ada buat makan - makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan di fikirannya terfikir lain. Kali ini dia akan pergi ke jamuan itu dengan Helmi. Helmi akan menumpangkan Marlia dan Harlina, staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun ni Papa selalu pergi ke jamuan office tapi tak pernah bawa kami."
"Leceh kalau ada budak - budak. bukan tahu duduk diam. Lari sana sini, panjat itu ini"
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit" dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut tak ada peluang. Nanti mereka dah tak mahu ikut ke mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak - lasak ni buat panas hati je"
Laila terdiam. "Anak - anak papa tu kan lelaki"
"Saya pergi kejap je, lepas tu saya terus balik"
"Mama tanya sikit boleh?" dia mengangguk.
"Bos tak pelawa atau Papa malu nak bawa mama dan anak - anak?"

Diam tanpa jawapan. Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan itu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shahmizi, dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak - anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak - anak staff berderai bila ada yang bermain tarik - tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak - budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik." ujar Mr Kwai tuan rumah. Shahmizi sedikit mengakui kebenaran kata - kata itu. Anak - anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang mengata yang bukan - bukan tentang anak - anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak - anak. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedangkan Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff - staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak - anak pada rakan - rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" kata - kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu, anak - anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata - mata bila Aimin dan Aiman berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba - tiba menguasai diri. Kepala kedua - duanya dilagakan sedangkan perebutan itu tidak disusuli pula dengan perkelahian.
"Kamu semua ni, kalau macam ni, daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!!"
Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak - anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa - apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak - anak ke sekolah. Shahmizi dapat melihat Laila mengesat air matanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak - anak yang tidak bersentuh. Susu masih penuh di cawan, roti telur yang menjadi kesukaan anak - anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tidak pernah lupa.

****************************************

"Kalau tak suka pulangkan!"
Kali ini dia benar - benar menangis. Laila dan anak - anak terus tidak pulang selepas pagi itu. Hari - harinya tidak lagi diganggu dengan gelagat anak - anak. Rumah terus sunyi dan sepi namum Shahmizi tetap tidak mampu untuk tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak - anaknya bergumpalan dan berlari mengejar bola sudah tidak lagi kelihatan. Riuh anak - anak bila mandi di bilik air juga sudah tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana - mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat hatinya.. LAILA
benarlah kata orang, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tidak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak - anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi.
Syahmizi menangis semahu - mahunya bila menatap wajah lesi isteri dan anak - anaknya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lapuk itu, lapuk bagaimanapun dipandang harganya tidak terbanding. Dan kerana keenganannya, Laila dipulangkan...........

*********************END*********************

cerita ini bukanlah hasil nurkilanku sendiri tetapi aku perolehinya dari seorang teman. Ceritanya mungkin tampak biasa tapi padaku ia punya makna yang mendalam, bukan sekadar meruntun jiwa tetapi penuh dengan pengajaran tersirat. Pesanku kepada teman - teman, kiranya kalian membaca carpen ini, bersyukur dan hargailah setiap insan yang hadir dalam hidup kalian.
sekian dari saya
INA a.k. a. ERMA ALYSSA~